SIRI 340
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 5: Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah
Penjagaan Ahli Ma'rifat
sambungan.....
Peringatan 7: Jangan mendakwa diri kamu Wali Allah
sambungan....
Sesungguhnya Salikin yang Ikhlas dan benar, ketika mengetahui bahawa dia telah diangkat oleh Allah kepada darjat Kewalian tertentu (melalui khabar dari Gurunya yang 'Arif Billah), akan menjadi gerun, takut dan amat malu kepada Allah Ta'ala. Mereka akan merendah diri dan kekalkan sifat kehambaan — Ubudiyyah zahir dan batin. Mereka tetap memelihara sekalian adab, peraturan dan undang-undang Syari'at. Mereka TIDAK ghairah menyebarkan kepada umum bahawa mereka sudah menjadi Wali. Sebaliknya mereka akan sangat berhati-hati agar tidak terkena istidraj. Mereka sedar bahawa Maqam Kewalian bukan barang mainan sebaliknya mengandungi Amanah besar dari Allah Ta'ala.
Pengecualian:
Di sana terdapat pengecualian kepada persoalan ini. Iaitu terdapat keadaan di mana seseorang Auliya Allah yang telah mencapai Maqam Kewalian yang luar biasa mendapat petunjuk Allah supaya beliau mengisytiharkan kewaliannya. Walau bagaimanapun, hal ini amat jarang terjadi. Di dalam Sejarah Ummat, di antara Ulama yang mengisytiharkan kewalian mereka (setelah menerima Petunjuk Allah) adalah: Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani, Imam Ibnu Araby, Imam Ghazali dan beberapa Auliya Allah lagi yang luar biasa Maqam Kewalian mereka.
Di antara bukti kebenaran pengisytiharan mereka adalah; Sekalian Ulama Ahlus Sunnah ketika itu mengakui kebenaran pengisytiharan tersebut dan mengakui ketinggian Kewaliannya.
Satu contoh yang sangat masyhur di dalam sejarah Ummat adalah; Pengisytiharan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu, kata beliau:
[I] قدمی ھذه علی رقبة کل ولی الله [I]
"Tapak kakiku berada di atas tengkuk sekalian Auliya Allah".
Ketika Imam Jilani isytiharkan demikian di Kota Baghdad, maka seketika itu juga sekalian Mursyid-mursyid satu dunia dapat mendengar suara beliau lalu mereka menundukkan kepala mereka tanda mereka akur kepada Ketinggian beliau sebagai Mahkota Auliya.
[Catitan Shaikh Yahya Tadhifi di dalam Kitab Qala'id Al-Jawahir]
Bersambung siri 341 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
__________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment