Sunday, April 26, 2026

SIRI 339


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH 



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 5:  Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah

Penjagaan Ahli Ma'rifat

sambungan.....



Peringatan 7:  Jangan mendakwa diri kamu Wali Allah


Secara umumnya, seseorang Salik dilarang keras mendakwa-dakwa dirinya Wali Allah atau sewenang-wenang mengangkat dirinya kepada Maqam Wali Allah atas sangkaannya, lalu "menjaja" di sana sini akan Kewaliannya.  Meskipun dia sudah sampai ke Maqam Tauhid Zat sekali pun, dia tetap dilarang mendakwa-dakwa demikian.  Sebab-sebab larangan ini adalah:


Pertama: 

Perbuatan membesarkan diri sebagai Wali Allah kembali kepada maksud riya' dan takabbur.  Ertinya kembali kepada kesyirikan (syirik khafi) seperti orang awam.  Mereka tertipu dengan diri sendiri.  Sesungguhnya ini tipu daya Iblis yang paling halus kepada Salikin yang mencari kebenaran. 


Kedua:

Maqam Kewalian adalah setengah daripada rahsia Ketuhanan yang wajib dipelihara lebih dari emas, perak dan permata yang paling berharga sekalipun.  Ertinya dilarang keras sebarkannya kepada umum.  Mendedahkan Rahsia Ketuhanan adalah kekufuran sebagaimana yang telah kami bentangkan sebelum ini. 


Ketiga:

Maqam Kewalian bukan barang mainan untuk kamu bersuka ria sehingga kamu jadikannya bahan bualan "kedai kopi".  Sebaliknya setiap Maqam Kewalian membawa "AMANAH ALLAH".  Seseorang hamba yang diangkat ke Maqam Auliya Allah menanggung amanah yang berat sebagai Warisatul Anbiya (Pewaris Nabi). 


Ringkasnya, kita katakan:

Orang-orang yang suka mencanang sana sini bahawa dirinya sudah mencapai Kewalian atau mengaku dirinya dilantik menjadi Wali Agung sedunia atau lain-lain seperti itu, maka orang ini tak sedar akan hakikat Kewalian dan tidak sedar bahawa ianya membawa maksud Amanah Allah yang sangat berat.  Boleh jadi dia cuma pencari kemasyhuran atau mempunyai kepentingan nafsu dan dunia.  


Bersambung siri 340 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

     🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 10

  FASAL 10: TINGKATAN PENCAPAIAN SALIKIN 10.4  Penjelasan Tingkatan Tauhid Pertama – Maqam Tauhid Af’al ....... sambungan... Tanda ke-7 :   ...