SIRI 338
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 5: Huraian Iman 'Arif Billah — Auliya Allah
Penjagaan Ahli Ma'rifat
sambungan.....
Peringatan 6: Larangan keras buka Rahsia Ketuhanan
sambungan......
Pada hari ini (dan juga zaman sebelum ini), didapati ada orang-orang yang sewenang-wenang sebarkan berbagai Rahsia Ketuhanan kepada umum sama ada di dalam perbualan harian mahupun melalui aplikasi internet — laman web, blog, youtube, facebook, instagram dan lain-lain.
Misalnya mereka sebarkan bahawa mereka mimpi Allah, jumpa Nabi Khidir, jumpa Imam Mahdi, jumpa Wali Songo dan lain-lain sepertinya. Orang-orang Islam awam yang bodoh terikut-ikut dengan pengakuan mereka ini, bahkan setengahnya menjadi "penyokong buta" yang tegar.
Jika benarlah mereka telah diperlihatkan oleh Allah akan segala Rahsia-rahsia Ketuhanan tersebut dan mereka sebarkannya kepada umum, maka ini adalah pengkhianatan dan kekufuran. Wal Iyazubillah.
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qadir Jilani Radhiallahu Anhu:
"Meskipun (para Kekasih Allah), diberi Ilham akan Rahsia-rahsia Allah, namun rahsia-rahsia tersebut tidak dibuka atau diceritakan kepada orang lain, kerana membuka Rahsia Ketuhanan itu adalah kekufuran".
[Sirrul Asrar]
Jika mereka (yang buat dakwaan dan hebahan tersebut), mengada-adakan cerita dusta berhubung dengan Rahsia Ketuhanan, maka mereka adalah pendusta yang layak menerima La'nat Allah. Wal Iyazubillah.
Firman Allah Ta'ala:
قُلۡ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفۡتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلۡكَذِبَ لَا يُفۡلِحُونَ مَتَـٰعٌ۬ فِى ٱلدُّنۡيَا ثُمَّ إِلَيۡنَا مَرۡجِعُهُمۡ ثُمَّ نُذِيقُهُمُ ٱلۡعَذَابَ ٱلشَّدِيدَ بِمَا ڪَانُواْ يَكۡفُرُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah, tidak akan berjaya. (Apa yang mereka beroleh hanya) kesenangan di dunia, kemudian kepada Kamilah tempat kembalinya mereka. Kemudian Kami akan rasakan mereka azab yang berat disebabkan perbuatan kufur yang mereka lakukan".
[Yunus (10) : Ayat 69-70]
Bersambung siri 339 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment