SIRI 262
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Rawatan dan Penjagaan
(2) Rawatan dan Penjagaan dari Penyakit Riya':
sambungan...
Perhatikanlah:
Jika seorang Ulama yang sudah demikian tinggi ilmunya di dalam Syari'at belum mampu melepaskan diri dari cengkaman Riya', maka betapa orang-orang lain yang kurang ilmunya berbanding dengan beliau. Jika dibuat perbandingan antara cerdik pandai Agama pada zaman ini yang mempunyai gelaran Dr, PhD, Drs, Kiyai, Master dll dengan Imam Ghazali, ilmu mereka semua tidak sampai sebesar tumit Imam Ghazali, maka betapa mereka mampu melepaskan diri dari cengkaman Riya'?
Jika ditanya mengapa terlalu sukar untuk melepaskan diri dari cengkaman Riya', maka jawapannya.....
Riya' ini adalah penyakit yang berakar umbi di dalam hati. Riya' mencengkam dan menguasai hati sekuat-kuatnya. Riya' BUKAN penyakit luaran yang mampu dirawat dengan rawatan mudah melalui teori-teori, bacaan-bacaan, ceramah-ceramah. Tidak mungkin!
Jalan paling benar dan paling berkesan untuk merawat penyakit ini serta hapuskannya terus dari hati adalah dengan mengambil rawatannya dari Mursyid yang Siddiq. Mursyid yang Siddiq adalah Warisatul Anbiya yang sebenar yang memiliki ubat serta penawar bagi segala penyakit hati manusia. Mereka mewarisi Sistem Tarbiyyah Rasulullah ﷺ. Mereka adalah doktor ruhani yang di-Kurniakan oleh Allah berbagai ilmu yang mendalam berkenaan hati dan Ruh insan.
Dengan melazimkan diri di bawah pimpinan Mursyid yang Siddiq, seseorang Muslim dapat hapuskan terus Penyakit Riya' ini dari hatinya dengan cara mencabut Riya' dari akar umbinya. Ketika penyakit Riya ini (dan juga penyakit-penyakit hati yang lain) terhapus, maka pada saat itu benar Tauhidnya serta ikhlas segala ubudiyyahnya. Namun perlu diingat, ini BUKAN perjuangan setahun atau beberapa tahun, tetapi perjuangan lama serta istiqamah melaksanakan Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Mursyid yang Siddiq. Demikianlah terjadi kepada para Sahabat Ridhwanullah serta sekalian Masyaikh terdahulu yang mewarisi Nubuwwah dan Risalah Junjungan Besar Rasulullah ﷺ.
Kaedah yang tersebut di atas adalah kaedah pertama serta Sistem Terunggul bagi mendidik hati dan Ruh manusia yang diwarisi turun-temurun dari Sistem Pendidikan Rasulullah ﷺ. Sistem ini hanya ada pada Mursyid yang Siddiq.
Bagi orang awam yang belum menemui seorang Mursyid yang Siddiq, maka Kaedah melawan penyakit Riya' ini adalah dengan jalan "menggagahi" atau "cuba-cuba" atau dengan cara "memaksa diri" atau "buat-buat seolah-olah tidak Riya' ". Kaedah ini TIDAK menghilangkan Penyakit Riya', tetapi hanya bertahan supaya penyakitnya tidak menjadi lebih teruk dan parah.
Bersambung siri 263 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment