SIRI 259
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Rawatan dan Penjagaan
(1) Rawatan dan Penjagaan dari Penyakit Takabbur:
sambungan...
Inilah kaedah merawat sekalian penyakit hati manusia yang sebenar yang diambil dan diwarisi dari Junjungan Besar Rasulullah ﷺ. Kaedah ini diwarisi dari satu generasi Mursyid kepada Generasi Mursyid seterusnya melalui kaedah perpindahan yang berdisiplin, amat teliti serta penuh rahsia. Iaitu melalui "limpahan Nur Muhammad" serta "Nur Ilahiyyah".
Oleh yang demikian TIDAK semua orang yang bergelar Alim atau Ulama mengetahuinya, meskipun boleh jadi dia seorang Alim Fiqh, Alim Usuluddin, mahir di dalam syarahkan Sifat 20, mahir dan Hafiz Al-Qur'an, mahir di dalam Hadith, mahir di dalam berbagai ilmu nahwu, sarf, mantiq, bayan, badi' dll.
Bahkan yang benar adalah sekalian orang yang sudah mahir di dalam ilmu Syari'at (mahir di dalam Fiqh, Usuluddin, Ilmu Al-Qur'an, Ilmu Hadith dan ilmu alat lainnya) sekalipun WAJIB tanpa kecuali masuk ke dalam bimbingan Mursyid yang Siddiq bagi menyucikan batin mereka yang dipenuhi berbagai penyakit hati...!
Inilah sebabnya telah sepakat Ulama Mu'tabar bahawa mencari dan berpegang kepada Mursyid yang Siddiq adalah WAJIB (Fardhu Ain) kerana TIDAK ada manusia awam yang terlepas dari penyakit hati.
Berkata Sultan Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Abdul Qadir Jilani رضي الله عنه:
"Takabbur, kemunafikan dan ego, adalah panah syaitan yang tertuju pada hati kamu. Kamu perlu siapkan satu strategi mempertahankan diri dari serangan-serangan ini. Formula strategi tersebut telah diterangkan dan telah dibuktikan oleh _Mashaa'ikh_ (Mursyid yang Siddiq). Kamu wajib mendengar baik-baik arahan mereka dan mematuhinya".
[Fathur-Rabbaniy Wa Faid ar-Rahmaniy]
Berkata Imam Al-Ghazali رضي الله عنه:
“Bergabung dengan kalangan Sufi (Mursyid yang Siddiq) adalah fardhu ‘ain. Sebab tidak seorang pun terbebas dari ‘aib atau kesalahan kecuali para Nabi”.
[Khulasah At-Tasannif fi-Tasawwuf]
Bagi mereka yang masih di dalam pencarian kepada Mursyid yang Siddiq, ikutilah langkah-langkah pencegahan berikut. Kaedah ini adalah kaedah orang awam iaitu berusaha mencegah penyakit hati dengan jalan "menggagahi", iaitu dengan cara cuba "buat-buat tawadhu" atau "buat-buat melepaskan diri penyakit hati" dengan melatih diri secara fizikal. Berikut secara ringkas....
Bersambung siri 260 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment