SIRI 250
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam_
Fakta ke-10: Perincian Syirik khafi ke-5: Tawakkal kepada makhluq
Jenis Tawakkal kepada makhluq berserta contoh-contohnya:
sambungan....
Sekarang mari kita lihat apa yang ada di negara kita. Jika kita mengaku kita mempunyai kepakaran di dalam perubatan, negara-negara di luar sana mempunyai kepakaran yang jauh lagi hebat. Jika kita merasakan kita mempunyai alat kelengkapan moden, negara-negara Barat mempunyai peralatan moden yang lebih lengkap. Jika kita merasakan Strategi kita lagi baik, negara-negara di luar sana mempunyai pakar-pakar strategi lebih cekap. Namun, apa yang jelas di tengah-tengah kehebatan manusia dan sains, ternyata mereka semua tewas kepada makhluq Allah yang amat seni ini.
■ Covid-19 hanyalah makhluq yang menurut perintah Allah Ta'ala. Ia tidak memiliki apa-apa kuasa tersendiri. Apa jua musibah yang terjadi akibat Covid-19 adalah pada hakikatnya ketentuan Allah Ta'ala. Dia Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Dia (Allah Ta'ala) menimpakan kecelakaan kepada siapa yang Dia Kehendaki dan Dia memberikan keselamatan bagi siapa yang Dia Kehendaki. TIDAK ada kuasa mana pun mampu memaksa Kehendak Allah Ta'ala.
Jika orang beriman terselamat dari musibah Covid-19, maka itu adalah semata-mata Rahmat dan Kasih Sayang Allah kepada mereka, BUKAN kerana usaha ikhtiar mereka, BUKAN kerana kecekapan mereka dan BUKAN kerana kepakaran mereka.
Jika orang Islam yang fasiq terselamat dari Covid-19 ini, maka itu adalah semata-mata penangguhan Allah Ta'ala kepada mereka untuk bertaubat.
Jika orang kafir harbi dan munafiq terselamat, maka itu adalah semata-mata Sifat Allah Ta'ala yang Maha Rahman atas makhluq-Nya, BUKAN kerana kebaikan mereka.
Bersambung siri 251 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment