SIRI 249
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Perincian Syirik khafi ke-5: Tawakkal kepada makhluq
Jenis Tawakkal kepada makhluq berserta contoh-contohnya:
Secara ringkas, ada 3 bentuk Tawakkal Kepada Makhluq yang sering terjadi kepada manusia :
■ Menyandarkan amal ibadah kepada kemampuan diri atau usaha ikhtiar sendiri.
■ Menyandarkan suatu kejayaan / kemenangan kepada kekuatan makhluq.
■ Bergantung harap kepada makhluq untuk memberikan manfaat atau menolak mudarat.
Contoh 1:
========
Kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia.
Contoh ini contoh terbaik menurut keadaan semasa untuk diambil i'tibar oleh seluruh Ummat Islam terutama orang Islam di tanah air dan sekitarnya.
Ramai mendakwa kejayaan membendung wabak Covid-19 di Malaysia adalah kerana kebijaksanaan Pemimpin, kepakaran pegawai kesihatan, kecekapan pihak pertahanan serta kehebatan pakar strategi. Pihak media hebahkan kesungguhan pihak-pihak yang terlibat bagi membawa kejayaan tersebut. Ringkasnya... ramai orang beranggapan semua kejayaan tersebut datang dari usaha, kesungguhan dan kecekapan pakar-pakar di Malaysia...!
Apakah kata kalian?
Adakah sangkaan ini benar di Sisi Ahlus Sunnah Wal Jamaah?
Adakah pegangan ini menepati Aqidah yang haq?
Apakah akan terjadi jika sangkaan tersebut menjadi pegangan dan i'tiqad dalam hati?
Apakah akan terjadi kepada Tauhid seseorang apabila dia mempunyai keyakinan tersebut?
Sesungguhnya pegangan ini adalah penyelewengan dari Tauhid yang haq. Apabila kamu beranggapan kejayaan mengawal Covid-19 ini adalah hasil kecekapan pakar-pakar kesihatan, kehebatan perubatan, kemahiran pakar strategi, kebijaksanaan pemimpin tanpa menghubungkan semua kebaikan itu kepada Kekuasaan, Kemurahan serta Rahmat Allah Ta'ala, maka inilah dikatakan Syirik khafi yang merosak Iman serta batalkan amal kebaikan.
Ia menjadi Syirik khafi kerana kamu telah mempersekutukan Allah pada Af'al (Perbuatan-Nya) serta Sifat-Nya Yang Maha Agung.
■ Covid-19 adalah ciptaan Allah Ta'ala pada hakikatnya. Walaupun manusia membuat berbagai andaian, hipotesis, teori berkenaan Covid-19 ini, hakikatnya ia kembali kepada Allah Ta'ala Yang Menciptakan segala sesuatu dari "tiada" kepada "ada".
■ Covid-19 merupakan musibah kepada manusia sejagat — namun berbeza-beza kesannya kepada manusia bergantung kepada IMAN / TAUHID / MA'RIFAT seseorang. Bagi Auliya Allah, ianya Ni'mat Anugerah Allah. Bagi orang Mu'min sejati ia merupakan Dugaan. Bagi orang kafir, munafiq dan fasiq.... semua ini merupakan bala Kemurkaan Allah.
■ Covid-19, makhluq Allah yang tersangat kecil tetapi telah mengunci mulut pemimpin-pemimpin sombong dan angkuh, mendiamkan kuasa tentera yang gagah, mengalahkan pakar strategi, membuat kaku segala teknologi dan kecanggihan perubatan moden.
■ Negara-negara yang PALING DAHSYAT menerima tamparan Covid-19 adalah negara-negara yang terkenal sebagai negara maju di dalam Sains dan Teknologi. Mereka memiliki kepakaran di dalam Strategi serangan kimia. Mereka memiliki pakar-pakar Sains paling hebat di dunia. Mereka memiliki doktor dan perawat-perawat paling cekap di dunia. Kelengkapan makmal kajian, perubatan dan gedung-gedung ubat mereka mengatasi negara-negara lain. Di tengah-tengah segala kelengkapan ini, manusia di negara-negara moden dan canggih ini rebah seorang demi demi seorang sehingga mencapai angka yang tidak terkawal.
Bersambung siri 250 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment