SIRI 247
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Perincian Syirik khafi ke-5: Tawakkal kepada makhluq
Dalil-dalil Larangan
sambungan....
Dalil ke-5: Firman Allah Ta'ala:
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ
“dan kamu tidak dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatu pun), kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam”.
[At-Takwir (81) : Ayat 29]
Penjelasan:
Kedua ayat di atas menyatakan hubungan Taqdir dan Kuasa Mutlaq Allah Ta'ala bagi menentukan sesuatu. Apa saja yang dirancang dan dilaksanakan oleh makhluq adalah menurut perancangan-Nya yang Azali. Tiada makhluq mampu mengubahnya.
Dalil ke-6: Firman Allah Ta'ala:
وَمَا رَمَيْتَ إِذْ رَمَيْتَ وَلَـكِنَّ اللَّهَ رَمَى “
“... dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar……”
[Al-Anfal (8) : Ayat 17]
Penjelasan:
Ayat ini adalah penegasan yang lebih kukuh berkenaan Tauhid Af'al Allah Ta'ala; iaitu pada haqiqatnya segala sesuatu yang bergerak atau diam di alam jagatraya ini adalah sekaliannya Af'al Allah (Perbuatan Allah). Zahirnya kelihatan makhluq mengerjakannya sedang hakikatnya semua itu adalah Af'al Allah.
Dalil ke-7: Firman Allah Ta'ala:
قَالَ هَـٰذَا مِن فَضۡلِ رَبِّى
"berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku".
[An-Namli (27) : Ayat 40]
Penjelasan:
Ayat ini mengajar manusia supaya menyandarkan segala ibadahnya, kebaikannya, kejayaannya kepada Allah Ta'ala semata-mata kerana semua itu semata-mata dari Anugerah dan Rahmat Allah.
Dalil ke-8: Rasulullah ﷺ bersabda:
“dan ketahuilah bahawa jikalau makhluq sekaliannya berhimpun untuk memberi kamu suatu manfaat tidaklah perkara itu bermanfaat bagi kamu melainkan Allah telah menetapkannya untukmu dan jikalau mereka berhimpun untuk memudaratkan kamu maka tidaklah akan memudaratkan kamu melainkan Allah jua yang telah menetapkannya bagimu, telah diangkat Qalam dan telah selesai ditulis suhuf".
[Imam Tirmizi, Imam Ahmad]
Penjelasan:
Hadith ini satu lagi dalil berkenaan Tauhid Af'al, Taqdir Ilahi, Qudrat, Iradat dan Ilmu Allah Ta'ala, bahawa sesungguhnya tiada apa pun mampu menolongnya ketika kesusahan, dan tiada apa pun mampu memberikannya suatu kebaikan. Melainkan ianya dari Allah Ta'ala.
Bersambung siri 248 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment