SIRI 246
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke-10: Perincian Syirik khafi ke-5: Tawakkal kepada makhluq
Dalil-dalil Larangan:
Berikut adalah dalil-dalil berkenaan hubungan Iman dan Tawakkal dan dalil wajib tawakkal pada Allah semata-mata.
■ Wajibnya Tawakkal menyerah diri sepenuhnya kepada Allah Ta'ala semata-mata dan dilarang bergantung hati kepada makhluq.
■ Larangan menyandarkan suatu amal kebaikan atau ibadah kepada kemampuan diri sendiri.
■ Larangan menyandarkan suatu kejayaan atau keberhasilan kepada kekuatan diri sendiri atau kekuatan manusia lainnya.
■ Larangan bergantung kepada makhluq untuk memberi manfaat atau menolak mudarat.
Dalil 1: Firman Allah:
وَعَلَى ٱللَّهِ فَتَوَكَّلُوٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
"Dan tawakkallah kamu kepada Allah, jika kamu orang yang benar-benar beriman."
[Al-Maaidah (5) : Ayat 23]
Penjelasan:
Dalam ayat ini, Allah Ta'ala menghubungkan Iman atau Tauhid yang benar dengan tawakkal yang sesungguhnya kepada Allah Ta'ala. Maka ini menjadi setengah dari tanda-tanda benarnya Iman atau Tauhid seseorang. Berlawanan dengan ini adalah orang yang tawakkal kepada selain Allah, menyerahkan urusan hidup matinya kepada makhluq dan bergantung harap pada makhluq, maka ini syirik khafi. Wal Iyazubillah.
Dalil ke-2: Firman Allah:
وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ
"Sesiapa tawakkal, berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya segala keperluannya."
[Ath-Thalaaq (65) : Ayat 3]
Dalil ke-3: Firman Allah Ta'ala:
وَيَوۡمَ حُنَيۡنٍ إِذۡ أَعۡجَبَتۡڪُمۡ كَثۡرَتُڪُمۡ فَلَمۡ تُغۡنِ عَنڪُمۡ شَيۡـًٔا وَضَاقَتۡ عَلَيۡڪُمُ ٱلۡأَرۡضُ بِمَا رَحُبَتۡ ثُمَّ وَلَّيۡتُم مُّدۡبِرِينَ
"dan di hari Perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa takjub (bangga) dengan sebab bilangan kamu yang ramai; tetapi bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri".
[At-Taubah (9) : Ayat 25]
Penjelasan:
Ayat ini mengandungi dua sisi:
Pertama larangan 'Ujub dan kedua Larangan tawakkal kepada makhluq.
Tentera Islam mengira dengan ramainya bilangan tentera mereka dapat kalahkan musuh, iaitu mereka tersilap di dalam menggantungkan harapan kepada makhluq, sedangkan perasaan hati seperti itu menyalahi Tauhid, iaitu iaitu Syirik khafi. Di dalam Perang Hunain ini, akibat tawakkal kepada makhluq, hilanglah Pertolongan dan Rahmat Allah yang mengakibatkan kekalahan (pada peringkat awalnya). Ini pengajaran "segera" kepada tentera Islam.
Dalil ke-4: Firman Allah Ta'ala:
وَمَا تَشَاءُونَ إِلَّا أَنْ يَشَاءَ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا
“dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendaki-Nya)”.
[Al-Insan (76) : Ayat 30]
Bersambung siri 247 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment