Saturday, April 18, 2026

SIRI 229


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman

Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

Fakta ke-9:  Perincian Syirik khafi

Bentuk-Bentuk Riya'

sambungan....


Keempat:  Riya' di dalam Berpakaian:

===========================


Menutup 'aurat dengan sempurna adalah kewajipan atas setiap lelaki dan wanita beriman.  Menutup aurat bermakna menutup tubuh mengikut hukum, BUKAN sesuka hati memakai pakaian mengikut nafsu kemudian mendakwa ianya mengikut hukum.  


Di dalam Risalah ini kita tidak membincangkan bab hukum dan syarat-syarat pakaian menutup aurat kerana kami telah membincangkan di dalam Risalah-Risalah lain.  Di sini kita akan fokus kepada cara berpakaian yang bersangkut paut dengan hati...!


Apabila seseorang memakai pakaian menutup aurat menurut syarat dan peraturannya yang telah ditetapkan di dalam Syara', maka jadilah ianya Ibadah dan diberi ganjaran kebaikan.  Walau bagaimanapun memakai pakaian juga boleh menjadi ma'siat apabila ianya bertujuan Riya'. 


Mengapa terjadi Riya' ketika berpakaian?

Apa unsur yang menjadikan seseorang Riya' di dalam berpakaian?

Apakah bentuk-bentuk Riya' ketika berpakaian?


(1) Riya' ketika berpakaian indah, baru, mahal, menunjuk-nunjuk kekayaannya


Memakai pakaian mewah dan mahal bertujuan menunjuk-nunjuk kemewahannya adalah jelas terlarang.  Ianya BUKAN sahaja termasuk Riya' bahkan juga menyakiti hati mereka yang miskin.


Menurut hukum asal, TIDAK salah berpakaian mahal dan mewah, bahkan boleh jadi sunnat jika dia memakainya sebagai menzahirkan Ni'mat dan Rahmat Allah serta bersyukur atas Kurnia tersebut.  Tetapi berpakaian mewah untuk menunjuk-nunjuk kekayaannya atau bermegah dengannya atau mengharap pujian manusia maka semua ini adalah tercela, kerana ia termasuk Riya'.


Bersambung siri  230 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

________________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...