SIRI 228
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam_
Fakta ke-9: Perincian Syirik khafi
sambungan....
Ketiga: Riya' di dalam Ucapan, Berkata-kata, Pidato:
sambungan....
(2) Riya' di dalam Meniru kata-kata Auliya Allah:
Menukil perkataan Auliya Allah di dalam syarahan agar pendengar memujinya sebagai orang yang banyak pengetahuan berkenaan Maqam-Maqam Auliya Allah. Ini jelas Riya'. Sememangnya setiap orang beriman dituntut menjadikan para Auliya Allah sebagai ikutan. Para Auliya Allah adalah cahaya yang menerangi Alam, mewarisi Nubuwwah dan Risalah. Namun ketika menukil ucapan-ucapan para Auliya Allah perlu sangat beradab serta hati-hati jangan sampai hati terjerumus kepada mencari pengaruh di kalangan manusia.
(3) Riya' di dalam penguasaan berbagai bahasa:
Seseorang yang menguasai berbagai bahasa, seperti bahasa Arab, bahasa Latin dsb melontarkan kemahiran tersebut ketika berucap atau berceramah agar orang memujinya sebagai orang yang hebat di dalam menguasai berbagai bahasa. Tidaklah menjadi kesalahan seseorang menguasai berbagai bahasa, namun ketika memakainya perlu waspada — jaga hati supaya jangan menjadi kebanggaan dan Riya'.
(4) Riya' di dalam Membanyakkan perkataan, ucapan panjang:
Sengaja melebih-lebihkan perkataan atau ucapan-ucapan yang panjang agar pendengar memujinya sebagai orang yang luas ilmu, pengalaman dan pengetahuannya. Tidak menjadi kesalahan seseorang berucap lama atau bersyarah panjang jika ianya benar-benar mengandungi pengajaran yang perlu bagi pendengar. Namun ketika tujuannya menyimpang dari jalan yang benar (bukan kerana Allah), maka jadilah Riya' yang batalkan amalnya.
Demikianlah sebahagian daripada contoh berkenaan Riya' ketika seseorang terlibat di dalam ucapan atau syarahan atau motivasi. Ringkasnya apa sahaja ucapan, kata-kata, syarahan, pidato, ceramah dsb yang menyimpang dari niat BUKAN kerana Allah, maka jadilah Riya' yang hapuskan segala amal tersebut. Bahkan menjadi Syirik (syirik khafi) yang merosak Iman.
Sesungguhnya da'wah (mengajak manusia kepada kebaikan serta mencegah mereka dari kemungkaran) dengan berbagai saluran seperti ceramah, syarahan Agama, pidato dsb adalah suatu Ibadah serta Jihad yang amat besar. Namun apabila wujud sifat menunjuk-nunjuk, bangga-bangga diri serta mencari kemasyhuran, maka batal segala ganjarannya, sia-sia amalnya kerana telah jatuh kepada Riya' dan kesyirikan tanpa disedari, Wal Iyazubillah.
Jika ada yang bertanya adakah "Membaca Al-Qur'an itu dengan suara indah itu multaq haram/ dilarang?"
Jawapan: Hal ini telah pun dijawab pada perenggan di atas. Sesungguhnya Allah Ta'ala itu indah dan dia suka yang indah-indah. Tetapi Allah Ta'ala menuntut yang indah-indah itu dalam bentuk yang benar-benar suci iaitu ikhlas, jauh dari Riya', Ujub, Sum'ah, Takabbur dll.
Jika ada yang bertanya lagi, bagaimana halnya seseorang yang sememangnya ikhlas pada awal bicaranya, namun di pertengahan ucapannya datang berbagai bisikan yang memalingkan hatinya dari ikhlas kepada Riya'? Orang itu bukan sengaja Riya' tetapi perasaan itu datang tiba-tiba di dalam hati.
Jawapannya: Baca nanti pada ruangan cara-cara hapuskan Riya' pada penghujung huraian berkenaan Riya, akan datang In Shaa Allah.
Bersambung siri 229 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment