SIRI 216
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi
Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur
sambungan....
Takabbur Yang di-Haruskan:
Sebagaimana telah dijelaskan secara panjang lebar, Takabbur pada umumnya adalah dilarang keras dan diancam dengan balasan Neraka serta Kemurkaan Allah Ta'ala. Hal ini telah sepakat sekalian Ulama Mu'tabar.
Walau bagaimanapun terdapat satu ruangan kecil di mana diharuskan sombong bertujuan mendirikan Haq Agama, Haq Allah Ta'ala serta meluruskan manusia kembali kepada Tauhid. Sombong yang diharuskan ini BUKAN kesombongan yang hakiki yang tertanam di dalam hati atau terbit dari hati, tetapi ia bersifat luaran yang semata-mata bertujuan mendidik. Dengan demikian keharusan "sombong" ini jangan diambil mudah atau sewenang-wenangnya dilakukan oleh mereka yang berkenaan, melainkan hendaklah dengan penuh hati-hati serta mematuhi syarat-syaratnya yang ketat. Ini adalah kerana wujudnya bahaya kegelinciran kepada Takabbur yang hakiki.
Dalil kepada keharusan ini adalah berdasarkan Kalam Allah Yang Maha Tinggi...
Firman Allah Ta'ala :
سَأَصۡرِفُ عَنۡ ءَايَـٰتِىَ ٱلَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ
"Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar..."
[Al-A'raf (7) : Ayat 146]
Sebahagian Ulama Mu'tabar seperti Imam Fakhruddin Ar-Razi (Mujaddid Kurun ke-6 Hijriyyah) mentafsirkan maksud Kalam Allah "بِغَيۡرِ ٱلۡحَقِّ " (tanpa haqq) dengan maksud wujudnya pengecualian Takabbur yang diharamkan. Ertinya sebahagian kecil Takabbur diharuskan namun tujuannya bukan kesombongan pada hakikatnya, hanya semata-mata "memperlihatkan kesombongan" tanpa disertai kesombongan dalam hati, yang ini bertujuan mendirikan Syari'at.
Takabbur yang di-Haruskan (dengan syarat dan penjagaan keras) :
Pertama : Takabbur di medan perang melawan orang kafir harbi.
Rasulullah ﷺ bersabda:
إِنَّهَا مِشْيَةٌ يُبْغِضُهَا اللَّهُ إِلا فِي هَذَا الْمَوْضِعِ
“Cara berjalan seperti itu ( Nabi ﷺ menunjukkan kepada Sahabat bernama Abu Dujanah yang berjalan dengan rupa kesombongan ketika di medan perang Fi Sabilillah) dibenci Allah kecuali dalam keadaan seperti semacam ini (Jihad Fi Sabilillah).”
[Imam Ath-Thabarani]
Nabi ﷺ memberi isyarat bahawa berjalannya seseorang dengan gaya kesombongan seperti meluaskan kedua tangan dan dada membusung adalah haram dan di-Murkai Allah, kecuali ketika di dalam Peperangan melawan musuh-musuh Allah di medan Jihad Fi Sabilillah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
فَأَمَّا الْخُيَلاَءُ الَّتِى يُحِبُّ اللَّهُ فَاخْتِيَالُ الرَّجُلِ نَفْسَهُ عِنْدَ الْقِتَالِ
“Adapun kesombongan yang dicintai Allah adalah kesombongan seorang lelaki pada saat perang (Fisabilllah)”
[Imam Abu Dawud]
Bersambung siri 217 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
______
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment