SIRI 217
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi
Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur
sambungan....
Takabbur Yang di Haruskan:
sambungan.....
Kedua: Takabbur kepada orang yang gemar melakukan Takabbur:
Takabbur kepada manusia yang gemar memperlihatkan sifat-sifat kesombongannya secara nyata sama ada dengan perkataan atau tingkah laku, adalah suatu hal yang wajar serta bertepatan dengan hukum syara' sebagaimana dipegang oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Demikian lagi harus Takabbur kepada orang-orang bodoh sombong yang menentang tanpa pengetahuan. Atau cerdik pandai Agama yang berlagak seperti Mujtahid menaburkan " fatwa " mengikut hembusan nafsu dan bisikan Syaitan. Mereka ini adalah cerdik pandai Agama yang bergelar Profesor, PhD, Drs, Masters dalam Hadith atau Ilmu Fiqh, yang mereka merasakan diri mereka sudah hebat di dalam Agama, lalu sewenang-wenang mengeluarkan " fatwa " mengikut nafsu. Misalnya mereka menuduh sesat kepada Sambutan Maulid Nabi, Tawassul, ziarah kubur, Majlis Tahlil, Ilmu Tasawwuf, Toriqat Rasulullah ﷺ, sungguh golongan ini adalah "sesat" dan "menyesatkan". Maka wajarlah hadapi golongan ini dengan sifat kesombongan kerana mereka telah menzahirkan sifat kesombongan.
Imam Syafi'e, Imam Munawi, Imam Mulla Ali Qari, Imam Yahya ibnu Mu'az adalah di antara Ulama-Ulama yang menyebut bahawa Takabbur kepada orang yang Takabbur adalah harus, bahkan ianya kebaikan yang terpuji.
Jika dihalusi dengan bijaksana, cara hadapi golongan yang Takabbur ini dengan Takabbur, adalah pada hakikatnya _Amr Bil Ma'ruf Nahyi Anil Mugkar_, mencegah kemungkaran! Maka jadilah pekerjaan ini terpuji kerana mencegah kemungkaran adalah kewajipan atas setiap orang beriman.
Ketiga : Takabbur kepada orang yang zalim
Takabbur kepada orang yang zalim adalah pada hakikatnya suatu bentuk da'wah, suatu bentuk ajakan kepada kebaikan serta tinggalkan tabi'at buruk yang di-Murkai Allah Ta'ala.
Takabbur kepada Raja yang zalim adalah harus, bertujuan menyedarkan Raja itu dari kezalimannya. Maksud Takabbur kepada Pemerintah zalim adalah menghinakan perbuatan dia yang melampau batas, memberi ingatan kepada Pemerintah tersebut dengan ancaman-ancaman keras agar dia tidak berterusan di dalam kejahatan dia.
Syarat-syarat yang wajib diperhatikan oleh orang-orang yang melakukan Takabbur yang di-Haruskan :
(1) Orang berkenaan bukan orang yang suka Takabbur, sebaliknya benci sifat Takabbur dan dia melakukannya demi mendirikan Syi'ar Agama atau Perintah Allah Ta'ala.
(2) Takabbur itu tidak lahir dari hatinya, Takabbur itu bukan yang teresap di dalam hati, tetapi hanya semata-mata "memperlihatkan kesombongan" pada perlakuan zahir bagi meluruskan seseorang yang tersalah jalan.
(3) Tidak berlebih-lebihan dari kadar yang memadai bagi menyedarkan orang dia menunjuk Takabbur atasnya.
(4) Sekiranya dia bukan orang yang mampu menahan perasaan ammarah sehingga berubah niat asal yang bertujuan mendirikan Syi'ar Agama kepada Takabbur yang diharamkan, maka wajib dia jauhkan diri dari melakukannya. Biarkan tugas itu dilakukan oleh orang yang teguh Iman dan Taqwanya.
Bersambung siri 218 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment