Tuesday, April 14, 2026

SIRI 215


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

akta ke 9: Perincian Syirik khafi.

Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur

sambungan....


Tanda-tanda wujud Takabbur:

sambungan.....


Larangan Menuduh orang lain Takabbur

sambungan....


Jika ada yang bertanya bilakah seseorang dihukum Takabbur kerana penampilan zahiriyahnya, maka jawapannya, ia memerlukan penelitian :


Penelitian pertama : 

Secara umumnya TIDAK perlu menilai orang lain, sebaliknya masing-masing muhasabah diri, betulkan niat hati serta sentiasa waspada tipu daya nafsu dan syaitan.  (akan datang penjelasan bab ini) 


Penelitian kedua:

Harus membuat pertimbangan atas perlakuan seseorang dengan tujuan da'wah iaitu meluruskannya dengan bijaksana. 


Apabila seseorang melafazkan ungkapan-ungkapan yang jelas menunjukkan Sifat Takabbur, misalnya seseorang yang berketurunan bangsawan bermegah-megah dengan keturunannya... 


atau contoh lain...


Seorang Profesor berkata, semua orang lain bodoh, hanya dia seorang saja bijak dan paling mengetahui hal ehwal suatu urusan... 


Atau contoh lain....


Seorang pemimpin Negara berkata, negara menjadi maju disebabkan kehebatan dia mentadbir. 


Contoh-contoh di atas adalah jelas perbuatan Takabbur yang dilarang dan memerlukan pencegahan.  Golongan sombong ini wajib dinasihati oleh mereka yang bertanggungjawab.


Rumusan ringkas di dalam bahagian ini adalah:


1. Jangan cepat menuduh seseorang sebagai Takabbur semata-mata kerana penampilan luar yang kelihatan seolah-olah Takabbur. 


2. Jika dia seorang Guru atau Pemimpin atau penda'wah, maka harus dia meneliti sungguh-sungguh akan tanda-tanda Takabbur pada diri seseorang di bawahnya sebelum dia menasihati dan meluruskannya. 


3. Jika seseorang menuduh orang lain Takabbur semata-mata atas sangkaannya, sedangkan orang yang dituduh tidak demikian, maka tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh.


4. Awasi hati kamu masing-masing.  JANGAN terjebak dengan perbuatan Takabbur dan JANGAN juga cepat menuduh orang lain Takabbur tanpa usul periksa atau semata-mata sangkaan. 



Bersambung siri  216  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

____________________________  

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

        🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...