SIRI 214
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.
Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur
sambungan....
Tanda-tanda wujud Takabbur:
sambungan.....
Larangan Menuduh orang lain Takabbur
sambungan....
Dalil yang menunjukkan tidak semestinya memakai pakaian bagus atau memiliki kenderaan yang kuat atau memiliki rumah kediaman besar itu Takabbur.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak akan masuk Syurga seseorang yang di dalam hatinya terdapat Takabbur sebesar biji sawi.” Ada seseorang yang bertanya, “Bagaimana dengan seorang yang suka memakai baju dan sandal yang bagus?” Baginda menjawab, “Sesungguhnya Allah itu Indah dan menyukai keindahan. Sombong adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain.“
[Imam Muslim]
Di dalam hadith ini kita dapat mengambil faedah, memakai pakaian yang bagus yang kelihatan mewah TIDAK semestinya menunjukkan dia Takabbur. Jika dia memakainya dengan menunjuk-nunjuk kesombongannya, maka itu adalah Takabbur. Sebaliknya jika dia memakainya BUKAN menunjuk-nunjuk kemewahananya atau menunjuk-nunjuk sifat kesombongannya, maka TIDAK boleh dihukum sebagai Takabbur. Apa lagi dia memakai pakaian bagus dan mahal tetapi dia mensyukuri Ni'mat Allah yang Mengurniakannnya pakaian yang bagus, maka itu adalah terpuji.
Atau dia menggunakan kenderaan yang kuat, teguh dan pantas (tentu harganya mahal) untuk Da'wah fi sabilillah, maka ia tidak termasuk Takabbur.
Atau dia mempunyai kediaman mewah yang besar, bertujuan mengadakan Majlis Zikir dan Pengajian Agama, maka tidaklah tercela. Adalah dikatakan Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu 'Anhu memiliki kediaman yang sangat besar yang digunakan bagi menampung murid beliau yang ramai untuk Majlis Ilmu, Majlis Zikrullah dan Majlis Jamuan Makan — menjamu orang ramai.
Demikianlah contoh-contoh lain yang serupa dengan perbandingan ini. Sebahagian dari perbuatan, perkataan, sikap, tingkah laku manusia TIDAK semestinya melambangkan sifat Takabbur, seballiknya wujud kemungkinan-kemungkinan lain di sana sehingga dilarang menghukum terus seseorang semata-mata kerana penampilan zahiriyahnya.
Bersambung siri 215 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment