Tuesday, April 14, 2026

SIRI 208


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 3: Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam


Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi.


Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur

sambungan....



(5) Takabbur dengan sebab banyak pengikut


Hal ini terjadi ke atas ketua-ketua yang memimpin jamaah, kumpulan atau parti.  Apabila bertambah ramai pengikut maka datanglah perasaan kesombongan bahawa dia lebih tinggi dan lebih hebat dari jamaah lain, parti lawan dan sebagainya.



(6) Takabbur dengan Keturunan


Mereka bermegah-megah dengan sebab keturunan dan bangsa, warna kulit, tempat asal dan sebagainya. 

Orang yang berketurunan bangsawan memandang hina kepada orang biasa yang bukan dari bangsawan.  Orang kulit putih hinakan orang kulit hitam.  Sama ada dengan perkataan atau tingkah laku atau semata-mata di dalam hati.  Semua ini Takabbur yang tercela.



(7) Takabbur dengan kekuasaan


Sesungguhnya Takabbur yang dilakukan oleh Penguasa-penguasa, Pemerintah, Amir, Khalifah, Sultan, Raja, Presiden, Perdana Menteri atau apa saja namanya yang zalim dan rakus dengan dunia dan kekuasaan.... adalah ini musibah paling besar kepada Ummat Islam dan kecelakaan besar kepada dirinya sendiri.


Apabila sifat Takabbur menguasai seseorang Pemerintah, Penguasa, yang mempunyai Kekuasaan, dia sanggup melakukan apa saja kedurjanaan hingga kepada pembunuhan sewenang-wenangnya.  Ini yang terjadi kepada Penguasa-penguasa terdahulu dan masih berterusan sehingga ke hari ini.  Kuasa yang besar kepada seseorang membutakan mata dan menutup pintu hati dia.  


Maka jadilah orang ini berkali-kali ganda dosanya.....dosa takabbur dan dosa kezaliman dan penganiyaan.  Jangan kamu termasuk Penguasa seperti ini.  Mohon perlindungan Allah Ta'ala agar tidak termasuk pengikut dan subahat dengannya. 


Perhatikanlah wahai budiman,

Betapa besarnya akibat penyakit hati yang membawa kepada berbagai dosa besar yang amat besar.

Puncanya dari hati yang berpenyakit....!


Bersambung siri 209 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 246 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...