SIRI 207
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi
Perincian Syirik khafi ke-1: Takabbur
sambungan....
Sebab-sebab yang Mendorong Takabbur :
Mengapakah manusia suka Takabbur?
Apakah anasir di dalam diri yang mendorong dia melakukan Takabbur?
Punca wujudnya Takabbur pada diri seseorang adalah disebabkan wujudnya suatu kelebihan pada dirinya atau dia merasa kesempurnaan berbanding manusia lain. Sebab-sebab yang membangkit kepada Takabbur:
1. Takabbur dengan Ilmu.
2. Takabbur dengan Amal Ibadah.
3. Takabbur dengan tubuh badan – kecantikan, kekuatan dan lain-lain.
4. Takabbur dengan harta, anak dan kekayaan dunia.
5. Takabbur dengan banyak pengikut.
6. Takabbur dengan kemuliaan keturunan.
7. Takabbur dengan kekuasaan.
Huraian:
(1) Takabbur dengan Ilmunya:
Hal ini sering terjadi kepada orang alim yang mahir di dalam Ilmu Syari'at (Fiqh), mahir di dalam Ilmu Usuluddin, mahir di dalam berbagai ilmu nahwu sarf, mantiq dan lain-lain, Hafiz dan mahir di dalam Al-Qur'an, mempunyai gelaran Ulama, Kiyai, Ustaz, Muallim, Huffaz, PhD, Drs, Profesor, Masters dan sebagainya. Oleh kerana mereka memiliki Ilmu syari'at yang banyak mengatasi orang lain, maka timbul perasaan megah, takabbur dengan ilmunya.
Orang yang memiliki kelebihan seperti ini amat sukar membendung bisikan hati yang mengangkat tinggi punggungnya. Hatinya berbisik " Engkaulah orang hebat menguasai ilmu Agama, engkaulah orang bijak sedang orang lain bodoh. Engkaulah pakar di dalam Agama sedang orang lain semua macam sampah. Engkau ada PhD, Profesor, Masters sedang lawan kau cuma orang yang tiada pangkat apa-apa."
Demikian bisikan hati yang sering terkena kepada orang yang memiliki banyak Ilmu Syari'at. Sebahagian dari mereka bermegah dan takabbur di dalam hati semata-mata. Sebahagian lain tak dapat mengawal diri. Sifat kemegahan terus mendesak mereka sehingga mereka gemar mengajak kepada perdebatan yang akhirnya membawa pertengkaran dan pemusuhan. Contoh-contoh di kalangan ummat Islam telah lama berlaku, iaitu pada zaman kemudian dari kewafatan Rasulullah ﷺ dan berterusan sampailah ke zaman ini. Akibat dari perbuatan ini telah menjerumuskan mereka kepada kesesatan. Wal Iyazubillah.
(2) Takabbur dengan amal Ibadah
Ahli abid (ahli ibadah) yang tekun beribadah siang malam megah dengan amal dia yang banyak. Pada sangkaan dia lebih mulia dari manusia lain kerana ibadah dia menggunung tinggi. Tanda-tanda yang terlihat pada ahli ibadah ini sama seperti tanda-tanda orang alim takabbur dengan ilmunya.
(3) Takabbur dengan tubuh badan — Kekuatan dan Kecantikan
Orang yang kuat memandang remeh atau hina orang-orang yang lemah. Kekuatan di sini boleh bermaksud kekuatan individu atau kekuatan berkelompok seperti ketenteraan.
Orang-orang yang di-Kurniakan oleh Allah kecantikan wajah atau keindahan rupa memandang hina orang yang kurang cantik. Mengeluarkan kata-kata hodoh, hitam, dan sebagainya atau semata-mata bermegah di dalam hati yang dia lebih indah dari orang lain adalah termasuk takabbur.
(4) Takabbur dengan harta, anak, kekayaan dunia
Orang yang di-Kurniakan oleh Allah harta kekayaan yang banyak memandang orang lain yang tiada harta dengan pandangan hina.
Golongan hartawan, jutawan seringkali menyombongkan diri dengan mengeluarkan kata-kata hina seperti : "Aku banyak harta kerana aku pandai usaha, kamu pemalas"
atau dia berkata, "Cuba lihat harta kekayaanku yang banyak", atau berkata, "kamu tak layak tandingi harta kekayaan aku " atau lain-lainnya.
Bersambung siri 208 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment