SIRI 203
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi
sambungan...
Perincian Syirik khafi Pertama: Takabbur
Definisi Takabbur
=============
Dari segi bahasa:
Takabbur ( تَكَبُّر ) berasal dari kata (كَبِرَ - يكْبر) membawa maksud: Besar, Agung, kebesaran, keluasan, keagungan.
Dari segi istilah:
Takabbur bermaksud : Menjadi bangga, sombong, angkuh, congkak, merasa diri lebih baik, menghina orang lain.
Penjelasan:
(1) Takabbur adalah membesarkan diri, merasa diri hebat, merasa diri agung, merasa diri lebih baik dari orang lain dan memandang orang lain dengan pandangan hina.
(2) Takabbur adalah sebesar-besar dosa batin dan sebesar-besar Syirik Khafi.
(3) Takabbur hapuskan amal kebaikan dan rosakkan iman.
(4) Takabbur adalah "selendang Allah", maksudnya hanya milik Allah Ta'ala Yang Maha Agung, dengan itu makhluk mana pun TIDAK layak bersifat dengan sifat Takabbbur. (Sifat makhluq adalah sebaliknya, iaitu bersifat dengan faqir, dhaif, tawadhu')
(5) Allah Ta'ala melaknat orang yang Takabbur, sombong, megah, membesarkan diri.
(6) Iblis menerima La'nat Allah, dihukumkan kafir sehingga Qiamat akibat keingkaran kepada Allah Ta'ala dan Takabbburnya terhadap Nabi Adam Alayhis-Salam.
(7) Orang yang Takabbur, menyombong diri, menunjuk kemegahan diri diancam dengan Neraka Jahannam. Wal Iyazubillah.
(8) Takabbur menyebabkan hati menjadi keras membatu, gelap, mati dan tertutup. Wal Iyazubillah.
(9) Takabbur itu boleh berlaku kepada siapa sahaja, namun ia berlaku terutama mereka yang mempunyai kelebihan tertentu. (seperti kelebihan ilmu, kuasa, kekayaan, kedudukan, pangkat, nama, gelaran, sijil, harta kekayaan — lihat huraian akan datang)
(10) Setiap manusia yang melakukan Takabbur, wajib Taubat segera dengan Taubat Nasuha, kembali kepada Allah dengan merendahkan dirinya. Mudah-mudahan Allah menerima Taubatnya.
(11) Orang yang terus menerus Takabbur, membesarkan diri, bermegah diri dan tidak bertaubat adalah termasuk orang yang menerima La'nat Allah.
(12) Orang yang diberi kesenangan, kaya-raya, hidup mewah tetapi hidup dengan kesombongan adalah orang yang terkena istidraj, ertinya orang yang terkena La'nat tetapi dia tidak menyedarinya, sedang dia leka dan megah dengan sangkaan dia dalam kemuliaan. Wal Iyazubillah.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
“Maka pokoknya Takabbur atau sombong ialah : Tingkah laku yang ada pada jiwa, iaitu merasa senang dan cenderung pada dilihat dirinya di atas orang yang disombonginya”
Bersambung siri 204 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment