SIRI 202
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
Fakta-fakta Iman Orang Awam
sambungan....
Fakta ke 9: Perincian Syirik khafi
Dalam bahagian ini, kami akan huraikan setiap satu daripada Syirik khafi agar lebih jelas akan bahayanya kepada Iman dan Islam. Kami sengaja memanjangkan hal ini kerana kebanyakan orang awam memandang ringan akan Syirik khafi, bahkan setengah mereka sampai ke peringkat menafikannya. Ertinya mereka bukan sahaja memandang ringan akan Syirik khafi tetapi mereka menafikan terus wujudnya Syirik khafi...!!!
Firman Allah:
فَلَا تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu mengetahui (bahawa Allah adalah Maha Esa)”
[Al-Baqarah (2) : Ayat 22]
Berkata Ibnu Abbas Radhiallahu anhu:
“Membuat sekutu untuk Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk dikenali daripada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari yang gelap gulita.”
[Tafsir Ibnu Abbas]
Golongan yang menafikan terus kewujudan _Syirik khafi_ adalah Golongan Wahhabiyyah (Khawarij). Mereka berlagak dan bercakap seperti Ahlus-Sunnah, mengaku Ahlus-Sunnah, bersyarah berkenaan Ahlus-Sunnah tetapi pada hakikatnya mereka adalah penentang Ahlus-Sunnah.
Golongan Khawarij tidak pernah menuntut Ilmu Toriqat (Tasawwuf), tidak mengetahui apa yang dikehendaki dengan Tasawwuf (hakikat kesucian) dan tidak mengetahui hakikat Tauhid (Tauhid yang suci murni), tetapi mereka bercakap "hebat" tentang Tauhid. Bahkan sebahagian besar dari Golongan wahhabiyyah menentang Ilmu Toriqat dan Tasawwuf yang sahih. Wa Iyazubillah.
Mulut mereka penuh dengan ayat Qur'an dan Hadith tetapi mereka mentafsirkan dengan aqal fikiran mereka. Mereka merujuk Ulama-Ulama Wahhabiyyah yang membawa kesesatan. Maka jadilah mereka sesat dan menyesatkan. Ulama-ulama mereka adalah budak-budak yang mentah dan bodoh (meskipun mereka bergelar Phd, Prof, Drs, Kiyai dan lain-lain).
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Akan keluar di akhir zaman suatu kaum yang usia mereka masih muda, dan bodoh, mereka mengatakan sebaik‑baiknya perkataan manusia, membaca Al-Qur’an tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka. Mereka keluar dari Deen (Islam) sebagaimana anak panah keluar dan busurnya.”
[Imam Bukhari dan Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Di akhir zaman akan muncul kaum yang muda usia dan lemah akal. Mereka berbicara dengan pembicaraan yang seolah-olah berasal dari manusia yang terbaik. Mereka membaca Al-Quran, tetapi tidak melampaui tenggorokan mereka. Mereka keluar dari agama, secepat anak panah meluncur dari busur. Apabila kalian bertemu dengan mereka, maka bunuhlah mereka, karena membunuh mereka berpahala di Sisi Allah pada hari Qiamat.”
[Imam Muslim]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Suatu kaum dari ummatku akan keluar membaca Al-Qur’an, mereka mengira bacaan Al-Qur’an itu menolong dirinya padahal justru membahayakan dirinya. Solat mereka tidak sampai kecuali pada kerongkongan mereka.”
[Imam Muslim]
Inilah sebabnya kami berulangkali memberi peringatan kepada sekalian Ummat agar sentiasa waspada, jangan sesekali terpengaruh dengan fahaman Wahhabiyyah. Ia adalah racun halus yang berbelit, yang sangat halus, yang tersangat bahaya, yang binasakan Iman dan Islam!
Bersambung siri 203 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment