Thursday, April 09, 2026

SIRI 201


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman


Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

sambungan....


Bahaya Syirik khafi ke-7:  Menghalang Tauhid


Firman Allah:


فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا  

 

"Barang siapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”. 

[Al-Kahf (18) : Ayat 110]


Apakah maksud Kalam Allah ini...   "وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا" (jangan mempersekutukan apa pun di dalam ibadat kepada Tuhannya)? 

Apakah maksud "mempersekutukan Allah di dalam ibadat"?

Adakah maksudnya di sini "sembah berhala"? 

atau "sembah Tokong"?   

atau "sembah Matahari"?  

atau "sembahan-sembahan lain seperti yang dilakukan oleh orang kafir"?


Sudah tentu jawapannya tidak...!

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman mengerjakan Solat sambil sembah berhala..  tak mungkin! 

Tak mungkin bagi seseorang yang beriman berpuasa sambil sembah berhala... tak mungkin!

Tak mungkin seseorang yang beriman mengerjakan ibadah Haji sambil sembah berhala... tak mungkin!


Jadi apakah maksud sebenar yang dikehendaki dengan Ayat ini?

Al-Imam Kabir Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu berikan jawapannnya.


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu Anhu:

Untuk mencapai tujuan ini (mencapai Tauhid yang suci bersih), manusia wajib meninggalkan sesuatu yang menyalahi Syari'at dan Toriqat.  Hal ini akan dapat diperoleh dengan melatih diri meninggalkan keinginan nafsu walaupun pahit dan melakukan riadhah ruhaniyyah dengan tujuan mencapai Redha Allah serta bersih dari Riya' dan Sum'ah sebagaimana Firman Allah di dalam Surah Al-Kahfi Ayat 10:  (" فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَآءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلاً صَـلِحاً وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا ")

[Tamat petikan dari kitab Sirrul Asrar]


Dengan Tafsiran Al-Imam, dapat difahami maksud " وَلاَ يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدَا " itu sebenarnya adalah ditujukan kepada semua orang Islam yang ingin mencapai Tauhid yang hakiki atau Keimanan sejati, maka wajib bagi mereka jauhkan sekalian Syirik khafi (syirik tersembunyi) di dalam hati.  Hanya dengan cara ini seseorang akan sampai kepada Allah, iaitu mencapai Tauhid yang hakiki.


Bersambung siri 202 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 206 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...