Thursday, April 09, 2026

SIRI 200


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4:  Tingkatan Iman


Fasal 3:  Iman Orang Awam


Fakta-fakta Iman Orang Awam

sambungan....


Bahaya Syirik Khafi ke-3:  Syirik Khafi hapuskan segala amal


Firman Allah:


وَلَقَدۡ أُوحِىَ إِلَيۡكَ وَإِلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكَ لَٮِٕنۡ أَشۡرَكۡتَ لَيَحۡبَطَنَّ عَمَلُكَ وَلَتَكُونَنَّ مِنَ ٱلۡخَـٰسِرِينَ 


“Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi”. 

[Surah az-Zumar (39) : Ayat 65]


Bahaya Syirik Khafi ke-4:  Penyembahan kepada Nafsu


Firman Allah:


  أَرَءَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَـهَهُ هَوَاهُ أَفَأَنتَ تَكُونُ عَلَيْهِ وَكِيلاً


“Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya:  Tuhan yang dipuja lagi ditaati?  Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?”

[Al-Furqan (25) : Ayat 43]


Bahaya Syirik Khafi ke-5:  Rasulullah ﷺ terlebih bimbang pada Ummat akan Syirik Khafi


Rasulullah ﷺ bersabda:

“Aku sangat takut syirik pada Ummatku.  Walaupun mereka tidak menyembah berhala, matahari, bulan dan batu.  Akan tetapi memperlihatkan kepada orang dengan amal mereka”. 

[Imam Ibnu Majah, Al-Hakim]


Bahaya Syirik Khafi ke-6:  Syirik khafi lebih bahaya dari Fitnah Dajjal


Rasulullah ﷺ bersabda:


فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ


(Ketika para Sahabat saling mengingatkan berkenaan Fitnah Dajjal), Rasulullah ﷺ bersabda, "Mahukah aku khabarkan kepada kalian mengenai sesuatu yang lebih aku khuwatirkan terhadap diri kalian daripada Al Masih Ad-Dajjal?" (berkata Abu Sa'id — perawi).  Kami menjawab, "bahkan kami mahu". 

Baginda bersabda:  "Syirik yang tersembunyi, iaitu seseorang mengerjakan Solat dan membaguskan Solatnya itu kerana ada seseorang memperhatikannya". 

[Ibnu Majah]


Bersambung siri 201 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 200 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...