SIRI 195
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 3: Iman Orang Awam
sambungan...
Fakta-fakta Iman Orang Awam
Fakta 1: Perbezaan Utama.
Sebagaimana kami jelaskan secara ringkas sebelum ini, perbezaan ketara Iman orang awam dengan Maqam Tauhid haqiqi (sebenar suci) adalah:
Iman orang awam terletak pada aqalnya, ertinya mereka beriman dengan kekuatan aqal, Iman belum masuk ke hati mereka dengan sebenarnya.
Sedangkan Salikin beriman dengan penghayatan hati dan ruh mereka dan orang Arif beriman dengan Sirr (rahsia hati yang sangat dalam).
Fakta 2: Punca Iman belum ke hati.
Punca Iman belum masuk ke hati orang awam adalah kerana hati mereka masih diliputi kekotoran maknawiyyah.
Fakta 3: Kekotoran Maknawiyyah.
Kekotoran _maknawiyyah_ hati orang awam terdiri dari 5 perkara:
(1) Syirik Khafi, iaitu Syirik tersembuyi
(2) Mazmumah (sifat keji)
(3) Ghaflah (kelalaian hati)
(4) Aghyar (Segala sesuatu selain Allah)
(5) Isyan (dosa-dosa zahir)
Fakta 4: Syirik Khafi Dosa terbesar.
Daripada semua dosa-dosa, dosa yang terlebih besar adalah Syirik Khafi, iaitu syirik tersembunyi. Syirik tersembunyi ini menjadi punca utama kerosakan Iman dan kebinasaan amal. Inilah sebabnya Masyaikh Ahlus Sunnah memberikan perhatian khusus untuk penyucian hati, iaitu sucikan hati daripada Syirik khafi. Selagi hati kamu tidak suci daripada Syirik khafi, hati kamu akan berada dalam zulmat (kegelapan) dan amal ibadah kamu akan rosak atau batal. Bagaimana? In shaa Allah akan dijelaskan pada bahagian-bahagian akan datang.
Fakta 5: Fokus Utama Pendidikan Rasulullah ﷺ.
Apabila kamu perhalusi Manhaj Al-Qur'an dan Sunnah, inilah yang menjadi fokus utama pendidikan Rasulullah ﷺ , iaitu perkara pertama dan utama Pendidikan Rasulullah ﷺ adalah hapuskan Syirik khafi daripada hati para sahabat.
Firman Allah :
هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلۡأُمِّيِّـۧنَ رَسُولاً۬ مِّنۡہُمۡ يَتۡلُواْ عَلَيۡہِمۡ ءَايَـٰتِهِۦ وَيُزَكِّيہِمۡ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحِكۡمَةَ وَإِن كَانُواْ مِن قَبۡلُ لَفِى ضَلَـٰلٍ۬ مُّبِينٍ۬
“Dia-lah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan Ayat-Ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Ilmu rahsia dan pengetahuan mendalam). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
[Al-Jumu’ah (62) : Ayat 2]
Selama 13 tahun di Makkah, Rasulullah ﷺ mendidik para Sahabat dengan Ilmu khusus, sehingga para Sahabat menjadi hamba-hamba Allah yang bertaqwa dan di-Redhai Allah. Apakah Ilmu khusus itu? In Shaa Allah akan datang penjelasan.
Bersambung siri 196 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment