Thursday, April 09, 2026

SIRI 194


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ



بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman


Fasal 3: Iman Orang Awam




Definisi Iman Orang Awam:


Iman orang awam adalah : Orang yang meyakini Wujud Allah (serta sekalian yang Ghaib) berdasarkan pemikiran aqalnya atau khabar dari orang dipercayai atau berdasarkan dalil Syara'.


Penjelasan ringkas:

(1) Mereka dikatakan Iman orang awam kerana keimanan mereka belum masuk ke hati mereka.  Iman mereka hanya berada pada aqal mereka.


(2) Kepercayaan orang awam yang berdasarkan kepada pemikiran aqal atau khabar yang diterima daripada seseorang yang dipercayai atau dalil-dalil Syara', berdiri atas 3 bentuk keyakinan:


Pertama: 

Keyakinan bersifat waham (sangkaan lemah, khayalan, bayang-bayang).

Keyakinan ini 30% keyakinan dan 70% dalam keraguan.


Kedua:

Keyakinan bersifat syak (sangkaan pertengahan).

Keyakinan ini 50% keyakinan dan 50% dalam keraguan.

 

Ketiga:

Keyakinan bersifat zonn (sangkaan yang kuat).

Keyakinan ini 70% keyakinan dan 30% dalam keraguan.


(3) Keyakinan orang awam belum mencapai 100% keyakinan kerana dia cuma beriman dengan sangkaan-sangkaan atau bayangan atau khayalan.  Dalam istilah yang lebih tegas, hatinya belum yakin penuh kerana hati dan ruhnya belum melihat Allah.


(4)  Iman orang awam adalah Keimanan yang lemah, rapuh, mudah goyang, tiada ketetapan, penuh dengan kekhuatiran.  Inilah hal kebanyakan orang Islam.


(5) Termasuk di dalam Iman orang awam adalah cerdik pandai Agama, kiyai, ustaz-ustazah, Ulama (fekah), PhD, Profesor dan lain-lain yang hanya amalkan Syari'at (fiqh) sahaja dan abaikan Toriqat (tasawwuf).


(6) Dalil yang mengesahkan hal ini adalah Kalam Allah Yang Maha Agung :


Firman Allah :


 ۞ قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا  قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ  وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا  إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 


Orang-orang "A`raab" (yang dimaksud adalah orang Badwi ) berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (Wahai Muhammad):  kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu)  berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Hujurat (49) : Ayat 14]


Berkata Imam Gazali Radhiallahu anhu:

Iman orang awam adalah Iman orang yang taqlid pada seseorang yang ia percayai.  Ibarat seorang yang meyakini Zaid ada di dalam sebuah rumah tapi dia tidak melihat sendiri di rumah.  Ia percaya hanya mendengar khabar dari seorang yang dia percayai sehingga dia tidak perlu melihat apakah Zaid ada di rumah atau tidak.


Berkata Imam Junaid Radhiallahu anhu:

"Tauhid bagi orang awam adalah pengakuan atas ke-Esaan Allah serta tidak mengakui adanya tuhan selain Dia. Tauhid bagi orang-orang alim dan berilmu adalah pengakuan atas ke-Esaan Allah, tidak mengakui adanya tuhan selain Dia serta menjalankan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya."

[Rasaail-Al-Junaid]


Bersambung siri 195 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 200 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...