Thursday, April 09, 2026

SIRI 193


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 4: Tingkatan Iman

Fasal 2: Definisi Iman, Tauhid, Ma'rifat

sambungan....


Penjelasan:

  

(1) Dari suatu sudut Ilmiah, ketiga-tiga istilah — Iman, Tauhid, Ma'rifat mendokong maksud yang sama iaitu keyakinan yang teguh akan kewujudan Allah dan sekalian yang ghaib yang Allah Ciptakan.


(2) Ulama Ahlus Sunnah membahagikan orang beriman kepada beberapa tingkatan sesuai dengan Cahaya Ketuhanan yang wujud di dalam hatinya.


Pertama :

Iman, Tauhid, Ma'rifat berdasarkan Hujjah Aqal dan dalil-dalil.  Ini adalah Iman orang awam.


Kedua :

Iman, Tauhid, Ma'rifat berdasarkan penghayatan hati dan ruh.  Ini adalah Iman orang Salikin.


Ketiga :

Iman, Tauhid berdasarkan penghayatan hati, ruh dan sirr (rahsia Ketuhanan yang sangat dalam).  Ini adalah Iman Arifin.


(3) Ungkapan "Iman" dan "Tauhid" lazimnya digunakan secara umum untuk sekalian orang beriman ; sama ada  Iman orang awam, Iman Salikin atau Iman Arifin. Sementara ungkapan "Ma'rifat" digunakan secara khusus untuk Ahli Ma'rifat yang telah mengenal Allah dengan pengenalan yang tahqiq tanpa keraguan apa pun.


(4) Keimanan di peringkat awam adalah Keimanan yang yang bercampur-campur di antara Iman dan kesyirikan (syirik khafi — syirik tersembunyi) dan mazmumah (kekejian hati), ghaflah (kelalaian) dan aghyar (segala sesuatu selain Allah).


(5) Keimanan di peringkat  Salikin adalah dipanggil "Iman Sejati", "Tauhid haqiqi", "Ma'rifat suci murni".  Keimanan di peringkat ini merupakan penghayatan hati dan ruh, ertinya dia melihat Ketuhanan dari dalam hati, bukan fikir aqal semata-mata dan bukan hujjah-hujjah semata-mata.


(6) Inilah Haqiqat Keimanan — Iman, Tauhid, Ma'rifat dari penghayatan hati dan ruh, yang dituntut oleh Allah ke atas setiap orang beriman.  Adapun mengenal Allah melalui hujjah-hujjah adalah permulaan mengenal Allah — permulaan Iman, Tauhid, Ma'rifat. 


(7) Pengetahuan dari hal Ketuhanan (Haqiqat Keimanan) peringkat Salikin ini bukan fikir aqal, bukan hujjah atau dalil-dalil aqal, tetapi benar-benar suatu pandangan batin hati yang terpancar dari Cahaya Ilahiyyah (Ketuhanan).


(8) Ilmu ini (Haqiqat Keimanan) diperoleh oleh hamba-hamba Allah yang telah  mujahadah, melawan nafsu pada waktu yang sangat panjang dengan amalkan kedua-dua bahagian Agama — Syari'at dan Tariqat Rasulullah ﷺ dengan pimpinan Guru yang benar-benar Arif. 


(9) Orang yang tidak mendapat Ilmu ini (Haqiqat Keimanan) adalah orang awam, iaitu Keimanannya sentiasa terumbang-ambing antara keimanan dan kesyirikan (syirik khafi — syirik tersembunyi) dan mazmumah (kekejian hati), ghaflah (kelalaian) dan aghyar (segala sesuatu selain Allah).


(10) Haqiqat Ketuhanan — Ma'rifat yang diperoleh oleh _salikin_ terdiri dari 5 tingkatan:


(1) Maqam Tauhid Af'al

(2) Maqam Tauhid Asma'

(3) Maqam Tauhid Sifat

(4) Maqam Tauhid Zat

(5) Maqam Kesempurnaan Ma'rifat (Tajalli) 


Bersambung siri 194 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 203 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَة...