SIRI 192
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 2: Definisi Iman, Tauhid, Ma'rifat
Definisi Iman:
================
Dari segi bahasa:
Iman berasal dari kata ( آمَنَ ) = "aamana" yang bererti percaya, yakin, aman, tenang, damai, terpercaya.
Dari segi istilah:
Iman adalah kepercayaan yang teguh terhadap Allah dan segala yang ghaib yang Allah Ciptakan.
■ Iman adalah : Percaya kepada Rukun Iman yang enam : Percaya kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-Nya, Rasul-Nya, Hari Qiamat dan Qadha dan Qadar.
■ Iman adalah : At-tasdiq minal qalb, wat- taqrir bil-lisan, wal-amalu bil-arkan, iaitu benarkan di dalam hati akan Kalimah La-Ilaha Illallah, lafazkan Kalimah tersebut dengan lisan dan dirikan amal ibadah mengikut tuntutan kalimah tersebut.
■ Iman adalah : Keyakinan yang tertanam kukuh di dalam hati akan kewujudan Allah dan segala yang Ghaib yang Allah Ciptakan.
Definisi Tauhid
=============
Dari segi bahasa:
Tauhid berasal dari kata ( أَحَد ) = "ahada" yang ertinya Esa, tunggal, Satu, Penyatuan, Ke-Esaan, Tiada Tandingan.
Dari istilah:
Maka maksud "Tauhid" pada sudut Syara' adalah : Esakan Allah Ta'ala, _Jazamkan_ (tetapkan) di dalam hati bahawa Allah adalah Tuhan Yang Maha Esa, yang tiada sekutu bagi-Nya, Yang Maha Mentadbir dengan sendirinya. Esakan Allah Ta'ala pada Af'al-Nya (Perbuatan-Nya). Asma'-Nya (Segala Nama-Nama-Nya yang Agung dan Indah) Sifat-Nya dan Zat-Nya.
Definisi Ma'rifat
==============
Dari segi bahasa:
"Ma'rifat" berasal dari kata ( عَرَفَ ) = 'arafa yang membawa maksud tahu, mengetahui, kenal dengan cara mendalam.
Dar segi istilah:
Maka Ma'rifat pada sisi Syara' adalah pengetahuan yang sangat mendalam akan Ketuhanan, yang terpancar dari dalam hati serta pegangan yang kukuh yang tidak dapat digoncang lagi.
Bersambung siri 193 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment