SIRI 191
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 4: Tingkatan Iman
Fasal 1: Pengenalan
sambungan....
Iman, Tauhid, Ma'rifat — Cahaya Ketuhanan dalam hati
Sebagaimana kami sebutkan, Iman adalah Cahaya Ketuhanan dalam hati orang beriman. Cahaya Ketuhanan ini adalah umpama "Pelita" atau "Lampu" yang bersinar di dalam hati orang beriman.
Firman Allah:
سُوۡرَةُ النُّور
۞ ٱللَّهُ نُورُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ مَثَلُ نُورِهِۦ كَمِشۡكَوٰةٍ۬ فِيہَا مِصۡبَاحٌ ٱلۡمِصۡبَاحُ فِى زُجَاجَةٍ ٱلزُّجَاجَةُ كَأَنَّہَا كَوۡكَبٌ۬ دُرِّىٌّ يُوقَدُ مِن شَجَرَةٍ۬ مُّبَـٰرَڪَةٍ۬ زَيۡتُونَةٍ۬ لَّا شَرۡقِيَّةٍ۬ وَلَا غَرۡبِيَّةٍ۬ يَكَادُ زَيۡتُہَا يُضِىٓءُ وَلَوۡ لَمۡ تَمۡسَسۡهُ نَارٌ۬ نُّورٌ عَلَىٰ نُورٍ۬ يَہۡدِى ٱللَّهُ لِنُورِهِۦ مَن يَشَآءُ وَيَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَـٰلَ لِلنَّاسِ وَٱللَّهُ بِكُلِّ شَىۡءٍ عَلِيمٌ۬
"Allah (memberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan Cahaya Allah adalah seperti lubang yang tak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca dan kaca itu seakan-akan (bintang yang bercahaya) seperti mutiara yang menyalakan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya yang minyaknya sahaja menerangi walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) Allah membimbing kepada cahayanya, siapa yang Dia kehendaki, dan Allah membuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."
[An-Nuur (24) : Ayat 35]
Berkata Ibn Abbas Radhiallahu anhu:
"Kalam Allah ( مَثَلُ نُورِهِ ) adalah Cahaya Allah di dalam hati orang beriman"
[Tafsir Ibn Abbas]
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhialllahu anhu:
"Maksud _Misykat_ adalah hati seorang Mu'min. Maksud _Al-Misbahu_ adalah bermaksud Rahsia tinggi yang terbit dari hati yang amat suci iaitu Ruh Sultoni. Maksud Az-zujajatu adalah mata-hati yang bersifat dengan gemerlapan kerana kekuatan cahaya yang luar biasa."
[Sirrul Asrar]
Awas : Perlu difahami dengan benar!
"Cahaya Ketuhanan" tidak sama seperti "cahaya" yang terlihat di dunia, tetapi "Cahaya-Nya" adalah _Laisa-Kamithlihi Syai'un_ yang tiada umpama sepertinya. Tiada kata-kata yang mampu huraikannya. Tiada tulisan mampu menggambarkannya. Ia semata-mata sebuah penglihatan mata hati dan mata rahsia yang disaksikan secara maknawiyyah oleh Salikin yang menuju Allah.
Cahaya Ketuhanan dikatakan sebagai "Petunjuk Allah" dan "Cahaya yang menerangi" ke dalam hati orang beriman. Lebih tinggi lagi ianya bermaksud Sirriyah — Rahsia Ketuhanan yang bersemi di dalam ruh orang beriman. Semua ini adalah gambaran kedudukan seseorang yang beriman — berbeza-beza dan bertingkat-tingkat keimanannya dan kedudukannya di Sisi Allah.
Firman Allah di atas merupakan ayat Mutasyabihat, yang hanya difahami dengan tepat oleh Ahli Ma'rifat. Orang awam atau cerdik pandai Agama yang awam tak mampu memahaminya, maka dilarang keras mentafsirnya dengan pemikiran sendiri. Di sini kita tidak akan bincang mendalam, melainkan hanya sekadar mengambil manfaat berhubung dengan Cahaya Ilahi yang terpancar di dalam hati orang beriman.
Apabila Allah Ta'ala Menghendaki untuk Kurniakan Iman kepada seseorang dari hamba-hamba-Nya maka Dia (Allah) masukkan Cahaya-Nya ke dalam hatinya. Walau bagaimanapun, Anugerah Allah yang paling berharga ini TIDAK didapati secara percuma. Setiap manusia Muslim perlu sungguh-sungguh mencarinya.
Bersambung siri 192 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
_______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment