Wednesday, April 08, 2026

SIRI 182


KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat


Fasal 8:  Proses Penyucian Hati


Pengenalan


Bagaimanakah proses penyucian hati berlaku?

Apakah langkah-langkah yang mesti dilalui?

Apakah rupa penyucian tersebut?

Apakah tanda-tanda menunjukkan perubahan dalam diri?

Apakah tanda-tanda seseorang itu telah mencapai kejayaan — mencapai Redha Allah?

Semua ini memerlukan huraian yang panjang.  In Shaa Allah sebahagian daripadanya akan dijelaskan di dalam tajuk-tajuk lain.  Sementara sebahagian jawapan akan didapati sendiri oleh Salikin dalam perjalanannya.



Langkah-langkah Penyucian


Proses penyucian hati bermaksud peringkat-peringkat penyucian yang dilalui oleh Salikin mulai daripada penyucian daripada dosa-dosa syirik (syirik khafi), mazmumah (kekejian hati), Ghaflah (kelalaian) dan aghyar (segala suatu selain Allah).  Ia melibatkan usaha yang sungguh-sungguh bagi hapuskan berbagai bentuk kekotoran ma'nawiyyah dengan pimpinan Mursyid, Pewaris Nabi yang Siddiq. 


Pertama : Hapuskan Syirik khafi

Syirik Khafi adalah syirik tersembunyi di dalam hati ; iaitu Takabbur, Sum'ah, Riya', Ujub, Tawakkal bi Gharillah.


Kedua: Hapuskan Sifat-sifat Mazmumah (sifat kekejian)

Mujahadah hapuskan sifat-sifat keji yang bersarang di dalam hati — hasad, khianat, bakhil, adu domba, mengumpat, tajassus, dusta, fitnah dan lain-lain.


Ketiga: Hapuskan Ghaflah (kelalaian)

Mujahadah hapuskan ghaflah, yang menjadi sebab-sebab manusia lupa Syukur kepada Allah, lupa segala Ni'mat-ni’mat Kurnia Allah yang tidak terkira banyaknya, tidak khusyu’ di dalam solat, lupa kepada Amaran Allah, lupa kepada suruhan dan larangan Allah sehingga menjadi manusia zalim.  Tidak ikhlas di dalam ibadah kerana ibadah hanyalah dianggap oleh mereka sekadar "rutin yang diulang-ulang”.


Keempat : Hapuskan Aghyar (sesuatu selain Allah)

Aghyar adalah perkara-perkara yang asalnya "harus" tetapi boleh menjerumuskan seseorang kepada kebinasaan kerana tidak berhati-hati mengendalikan atau menggunakannya.


Inilah Kejayaan dan Kemenangan!


Bersambung siri 183 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

_______________________________ 

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

MENCARI MURSYID PEWARIS NABI YANG SEBENAR - FASAL 9

 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ FASAL 9: SISTEM TARBIYYAH dan TAZKIYYAH...