SIRI 181
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 7: Silibus Pendidikan Jalan Ma'rifat
Zikir Allah Allah
sambungan....
Dalil Terbesar : Warisan Silsilah Rasulullah ﷺ di tangan Mursyid-Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq
Sesungguh ini adalah Hujjah teragung untuk menunjukkan kebenaran sekalian Toriqat yang sahih yang datang dari Rasulullah ﷺ dan amalan Zikir Allah Allah atau Zikir mengingat Allah berterusan di dalam hati, seperti huraian terdahulu.
Sekalian Mursyid yang Siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini yang mewarisi Ilmu dan keruhanian Rasulullah ﷺ menjadi hujjah yang tiada tolok bandingnya kerana mereka adalah " Hadith Sahih " yang hidup.
Diri mereka sendiri (Mursyid yang Siddiq yang hidup pada zaman ini) adalah menjadi bukti kukuh akan Warisan Rasulullah ﷺ yang dipindahkan dari satu generasi Masyaikh kepada generasi Masyaikh berikutnya dengan penuh rahsia, tertib dan adab disiplin tinggi sehingga terpelihara kesucian dan keasliannya.
Semua Mursyid yang Siddiq (benar) yang wujud pada zaman ini mempunyai Silsilah Warisan Ilmu Rasulullah ﷺ iaitu mereka mewarisinya daripada Guru mereka yang juga Mursyid yang Siddiq (benar) dan mereka juga mengambil warisan tersebut dari Guru mereka yang Mursyid — begitu bersambung ke atas sehingga menerima warisan dari Sayyidina Abu Bakr atau Sayyidina Ali atau Sayyidina Umar atau Sayyidina Uthman, ridhwanullah — yang mereka mewarisinya dari Junjungan Besar Sayyidina Wa Maulana Muhammad ﷺ.
Khabar dari mereka adalah menempati khabar mutawatir iaitu khabar yang sahih lagi marfu' (khabar yang kuat) yang tidak mungkin ada kecelaan atau kecacatan. Demikian banyaknya Masyaikh Ahlus Sunnah seluruh dunia, dari berbagai penjuru dunia mewariskan Zikir Allah Allah ini, maka tidak mungkin mereka berpakat untuk berdusta.
Setiap Toriqat yang sahih yang wujud pada Zaman ini dan setiap Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang memimpinnya amalkan "Zikir Allah Allah" disamping zikir-zikir lain seperti "La-Ilaha Illallah", "Ya Qaahar" , "Ya Latif" , "Ya Hayyu Ya Qayyum" dan lain-lain. Berikut beberapa contoh:
(1) Toriqat Qodiriyyah — dibangunkan oleh Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu.
(2) Toriqat Ri'faiyyah — dibangunkan oleh Imam Ar-Rifa'ie Radhiallahu anhu.
(3) Toriqat Syaziliyyah — dibangunkan oleh Imam Abu Hasan Asy-Syazili Radhiallahu anhu.
(4) Toriqat Syattariyyah — dibangunkan oleh Imam Abdullah Syattari Radhiallahu anhu.
(5) Toriqat Samaniyyah — dibangunkan oleh Imam Abdul Karim Samman Radhiallahu anhu.
(6) Toriqat Ghazaliyyah — dibangunkan oleh Imam Ghazali Radhiallahu Anhu.
Meskipun pada peringkat awal Salikin yang mengikut Toriqat-Toriqat ini dilatih dengan membanyakkan Zikir Jihar, Zikir La-Ilaha Illallah, namun apabila Zikir lisan La-Ilaha Illallah sudah mantap di dalam diri Salikin, mereka akan dilatih oleh Mursyid mereka masing-masing dengan Zikir Allah Allah. Di sini kita faham bahawa semua Toriqat yang sahih amalkan Zikir Allah Allah pada penghujung perjalanannya. Dan jelaslah juga bahawa sekalian Masyaikh Ahlus Sunnah amalkan Zikir Allah Allah.
Bersambung siri 182 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
___________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment