SIRI 155
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 5: Keistimewaan Mursyid, Pemimpin Jalan Ma'rifat
sambungan....
Ulama sehebat Imam Ghazali Radhiallahu anhu saja merendahkan diri berguru kepada Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (Benar) untuk memperoleh kesucian hati dan keluar dari sekalian kesyirikan dan kekejian hati, apa lagi Profesor atau Kiyai yang ilmu mereka cuma sebesar “debu” di kaki Imam Ghazali?
Imam Ghazali yang sedemikian hebat ilmu syari’at beliau, mengakui bahawa haqiqat Iman dan Islam tidak akan dicapai melainkan dengan Sistem Pendidikan Ahli Sufi atau disebut Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:
“Pendeknya barangsiapa yang belum di-Kurnia Tuhan mengalaminya (mencapai Keimanan sejati melalui Sistem Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi) belumlah ia mengenal Haqiqat Kenabian, lebih dari namanya sahaja.”
[Muqiz Min-adh-dholal]
Sepatutnya manusia “cerdik” yang beraqal sihat mampu memahami sekalian penjelasan kami ini dengan mudah, jika mereka jujur dan Amanah di dalam menjalankan Agama Allah. Sebaliknya hati yang keras, penuh ego kesombongan tidak akan menerimanya bahkan akan menentangnya. Wal Iyazubillah.
Ringkasnya penegasan kami di sini adalah:
Asas Sistem Pendidikan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq yang mereka warisi daripada Junjungan Rasulullah ﷺ adalah jauh berbeza, bagaikan langit dan bumi dengan Sistem Pendidikan buatan aqal fikir manusia. Pendekatannya juga berbeza. Hasilnya pun juga jauh berbeza.
Apabila kamu Berbaiat dan berpegang teguh kepada Pimpinan Mursyid, kamu akan memperoleh keberuntungan dunia Akhirat. Kamu akan Mengenal Allah dengan sebenarnya menurut tuntutan Allah Ta’ala, iaitu Tauhid hakiki, Iman Sejati. Hati kamu akan bersih dari segala syirik yang membelenggu hati kamu. Kamu akan selamat dari ‘ujub, riya’, sum’ah, Takabbur dan lain-lain. Kamu akan memperoleh keikhlasan sejati di dalam setiap ibadah (bukan buat-buat Ikhlas seperti orang awam). Kamu akan memperoleh khusyu’ yang sebenar (bukan buat-buat khusyu’). Semua itu terhasil setelah kamu mujahadah sungguh-sungguh dengan penuh keikhlasan menurut segala peraturan, syarat dan adab-adabnya sebagaimana kami huraikan sebelum ini.
Sedangkan Sistem Pendidikan ciptaan aqal manusia awam dipenuhi nafsu, kepentingan duniawi yang berebut-rebut pangkat dan kedudukan. Bahkan orang yang lahir dari Sistem Pendidikan moden penuh dengan kesombongan, berbangga-bangga dengan pencapaian diri dan lupakan Ni’mat Allah. Sebahagian daripada kepincangan dan kebinasaan ini kami sudah huraikan di dalam risalah-risalah kami. Selebihnya kamu dapat melihat sendiri di hadapan mata kamu!
Bersambung siri 156 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment