SIRI 148
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 4: Sumber dan Dasar Jalan Ma'rifat
DASAR dan SUMBER Pendidikan pada Jalan Ma'rifat terbina dari 7 (tujuh) sumber utama:
Pertama:
Al-Qur’an
Kedua:
Sunnah Rasulullah ﷺ
Ketiga:
Ijma’ dan Qias Ulama
Keempat:
Limpahan Cahaya Ketuhanan yang terpancar ke dalam hati, ruh dan sirr beliau.
Kelima:
Limpahan Nur Muhammad dari Junjungan Rasulullah ﷺ
Keenam:
Limpahan Cahaya Rabitah dari Guru beliau sendiri.
Ketujuh:
Pengalaman keruhanian sendiri. Mutiara-mutiara rahsia Ketuhanan yang tidak ternilai yang didapati beliau sepanjang perjalanan beliau kepada Allah dengan bimbingan Guru beliau yang juga merupakan Pewaris Nabi yang Siddiq.
Inilah 7 (tujuh) Gedung Ilmu yang menjadi sumber bagi Tarbiyyah dan Tazkiyyah seorang Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq. Iaitu Sistem Pendidikan Istimewa Warisan Nabi ﷺ ini sentiasa terikat dengan Petunjuk Allah dan Pimpinan ruhaniyyah Rasulullah ﷺ.
Bersambung siri 149 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment