SIRI 142
KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH ﷺ
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 3: Sistem Tarbiyyah dan Tazkiyyah Jalan Ma'rifat
Fasal 1: Pengenalan
sambungan....
Amat menghairankan!
Adakah kamu hairan Ulama sebesar Imam Ghazali terperangkap dalam jaringan nafsu dunia dan tidak ikhlas? Sebenarnya itulah pengakuan Imam Ghazali sendiri di dalam auto-biografi beliau, sebagai pengajaran kepada Ummat kemudian. Keadaan kejiwaan yang melanda Imam Ghazali tidak menghairankan kerana beliau waktu itu hanya "Ulama fekah atau awam". Orang alim fiqh semata-mata diselubungi Syirik khafi (Syirk tersembunyi), mazmumah dan berbagai penyakit hati.
Dan keadaan itulah berlaku kepada pensyarah-pensyarah akhir zaman yang mempunyai berbagai gelaran hebat; PhD. Profesor, Masters dan lain-lain terperangkap di dalam riya, ujub, sum'ah dan takabbur serta sifat mazmumah lain yang menggugat keimanan.
Sambung kisah Imam Ghazali, ketika beliau sedang dilanda kegelisahan akibat dari penentangan di dalam jiwa beliau sendiri, datang Petunjuk Allah Ta’ala kepada beliau agar mencari Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq dan berkhidmat kepada beliau kerana merekalah Pewaris Nabi yang sebenar yang mampu menjernihkan jiwa manusia yang kotor dan keji.
Hanya mereka (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) memiliki ubat dan penawar bagi sekalian penyakit hati manusia. Hanya mereka mampu membimbing manusia kepada Allah sehingga mencapai Tauhid yang hakiki, Iman sejati, Ma’rifat dan Ubudiyyah suci murni.
Diringkaskan kisah, Setelah 6 bulan beliau berhempas pulas di antara kemahuan untuk mengikuti Jalan Ma’rifat dengan bimbingan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq, dengan bisikan nafsu yang menghalang beliau daripada meninggalkan segala kebesaran sebagai Rektor Universiti Nizamiyyah…. Akhirnya beliau berhasil meninggalkan Kota Baghdad dan berbai’at dengan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Beliau bersuluk selama 11 tahun sehingga Allah Ta’ala Mengurniakan beliau Maqam Ma’rifat yang tinggi (Tauhid hakiki), Maqam Ihsan dan Maqam Taqwa yang tinggi.
Setelah kembali daripada Mujahadah beliau selama 11 tahun pada Jalan Ma’rifat, beliau akui satu-satunya Jalan Kebenaran yang di-Redhai Allah adalah Jalan Ahli Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq).
Berkata Imam Ghazali Radhiallahu Anhu:
"Selama waktu khilwah (uzlah mengikut disiplin Ahli Sufi atau Ahli Ma’rifat) itu terbukalah bagiku rahsia yang tak terhitung jumlahnya, tak mungkin di-istiqsa (membahas sesuatu sejauh-jauhnya dan sedalam-dalamnya). Yang kukatakan untuk mengambil manfaatnya – ialah aku benar-benar yaqin, kaum Sufi (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) itulah yang benar-benar telah menempuh jalan yang dikehendaki Allah Ta’ala. Merekalah golongan yang paling utama cara-cara hidupnya, paling tepat tindak lakunya dan paling tinggi budi pekertinya. Bahkan andaikata aqal para uqala, hikmah para hukama, dan ilmu para ulama yang tahu rahsia syara’, semua itu dihimpun untuk menciptakan suatu cara yang lebih utama dari cara Ahli Sufi itu, tiada akan memberi hasil sebab segala gerak-geri mereka (Mursyid, Ahli Sufi) baik zahir maupun batin, diterangi cahaya Kenabian.”
[Munqiz Min-Adh-Dholal]
Bersambung siri 143 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment