Thursday, March 05, 2026

 SIRI 79


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 7: Wahyu Pertama Iqra' dan Hubungannya dengan Syari'at dan Toriqat (Tasawwuf)

sambungan...


Kenyataan 6:

Wahyu Pertama Iqra' dan Ma'rifat 

sambungan....



Penjelasan 7: Dua golongan orang beriman ketika hayat Rasulullah ﷺ


Ketika hayat Rasulullah ﷺ terdapat dua macam golongan manusia yang bai'at dengan Baginda yang benar Iman mereka tetapi berbeza pada Tingkatan Iman, Tauhid, Ma'rifat mereka.


Golongan Pertama:

Sahabat ( Khalifah, Pewaris Nabi ) —  yang telah meresap Imannya ke dalam hati atau teguh Tauhid atau Ma'rifat.


Mereka adalah insan yang benar-benar beriman kepada Baginda serta sungguh-sungguh berjuang bersama Baginda sampai mati.  Sekalian harta mereka, dinar dan dirham bahkan jiwa mereka semuanya mereka korbankan untuk Allah dan Rasul-Nya.  Dalam hati mereka tiada lain hanya Allah.  Setiap urat nadi dan nafas mereka hanya Allah.  Mereka mendapat kedudukan di Sisi Allah sebagai Kekasih Allah disebabkan Keimanan, Ma'rifat dan Taqwa mereka yang amat tinggi. 


Firman Allah:


 رَضِيَ اللَّهُ  عَنْهُمْ وَرَضُوا عَنْهُ  ذَٰلِكَ لِمَنْ خَشِيَ رَبَّهُ 


"Allah Redha terhadap mereka dan mereka pun redha kepada-Nya.  Yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut (Taqwa) kepada Tuhannya.”

[Al Bayyinah (98) : Ayat 8]



Golongan Kedua:   

Orang Islam awam — yang beriman pada lafaznya tetapi Imannya belum meresap ke dalam hatinya.


Mereka adalah orang-orang Islam yang berbai'at kepada Nabi juga tetapi belum teguh Imannya dalam hati. ... ertinya cahaya Iman belum meresap  ke dalam hati.  Dalil yang mengesahkan hal ini adalah Kalam Allah Yang Maha Agung:


Firman Allah:


 ۞ قَالَتِ الْأَعْرَابُ آمَنَّا  قُلْ لَمْ تُؤْمِنُوا وَلَٰكِنْ قُولُوا أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الْإِيمَانُ فِي قُلُوبِكُمْ  وَإِنْ تُطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَا يَلِتْكُمْ مِنْ أَعْمَالِكُمْ شَيْئًا  إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ 



Orang-orang "A`raab"  (yang dimaksud adalah orang Badwi ) berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad):  Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian, tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu)  berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Al-Hujurat (49) : Ayat 14]


Ini bermakna manusia yang berbai'at kepada Nabi TIDAK semuanya sama hal keadaan Hati dan Imannya, TIDAKlah semuanya menjadi Sahabat Nabi, TIDAKlah semuanya mencapai Ma'rifat yang tinggi...  melainkan ada yang mencapai Ma'rifat Keimanan dan Taqwa yang tinggi (dan ini yang tergolong ke dalam Sahabat Nabi) dan ada yang lemah Imannya atau di dalam perkataan lain Iman belum benar-benar meresap ke dalam jiwa mereka.  (mereka ini yang dikenali sebagai Orang Awam, Imannya iman orang Awam) 


Ketahuilah....

Kedua-dua golongan beriman yang wujud pada Zaman Rasulullah ﷺ itu memiliki Ma'rifat, Keimanan, Taqwa yang jauh beza, tetap wujud pada zaman kemudiannya sampailah ke zaman ini.  Ini bermakna sekalian huraian Masyaikh kita berhubung dengan Tingkatan Iman atau Tauhid Orang Khawas, orang Salikin dan orang Awam BUKAN rekaan tetapi benar-benar berdasarkan Fakta Warisan Rasul.


Pertama : Ahli Ma'rifat berserta pengikut-pengkut mereka yang setia berpegang teguh dengan Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ — disebut Jalan Ma'rifat Ilahiyyah.


Kedua : Orang Islam awam yang hanya amalkan Syari'at semata-mata dan abaikan Toriqat Rasulullah ﷺ — Mereka adalah orang Islam awam. Termasuk di dalam golongan awam ini adalah sekalian cerdik pandai Agama bergelar PhD, Drs, Profesor, Kiyai dan lain-lain tetapi mereka hanya berpegang pada Syari'at sedangkan mereka abaikan Toriqat.


Bersambung siri 80 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...