Thursday, March 05, 2026

SIRI 80


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 8: Syarat Toriqat Mu'tabar Ahlus Sunnah



Berikut adalah Syarat-syarat yang mesti ada pada sesebuah Toriqat yang Sahih yang benar sampai kepada Junjungan Rasulullah ﷺ.


 (1)Pemimpinnya Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar)

Setiap Jamaah Ahli Ma'rifat wajib mempunyai Pemimpin keruhanian, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq (benar) yang memiliki sifat-sifat yang layak sebagai Mursyid seperti yang telah ditentukan oleh Ulama Mu'tabar. (10 syarat Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq)


Jika dia khalifah sahaja (belum layak ke maqam Mursyid) yang diamanahkan memimpin, maka wajib juga memiliki syarat-syarat minima sebagai seorang pemimpin yang layak di bidang keruhanian.


(2) Mempunyai Manhaj Tarbiyyah (silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah yang jelas

Setiap Jemaah Ahli Ma'rifat  Mempunyai Manhaj Tarbiyyah (silibus pendidikan) dan Sistem Tarbiyyah (peraturan, syarat, adab dan kaifiyyat) yang jelas menepati Al Qur'an, Sunnah dan Ijma' Ulama Ahlus Sunnah Mu'tabar, sebagaimana ditentukan oleh Masyaikh terdahulu. 


Ini bermaksud, secara garis kasarnya, sistem pendidikan dan silibusnya tidak boleh lari dari sistem yang telah ditunjuk dan ditentukan oleh Ulama Mu'tabar.  Teknik atau kaedah atau cara pendekatan boleh jadi berbeza, ini tiada halangan kerana guru yang Arif lebih mengetahui kesesuaian pemakaian sesuatu adab atau peraturan yang beliau terima dari Petunjuk Allah.


Di antara silibus penting  Tarbiyyah Jamaah Toriqah adalah:

1. Zikrullah fardiyyah (sendiri)

2. Solawat atas Nabi

3. Baca Qur'an

4. Tawajjuh (zikir berjamaah)

5. Latihan tazkiyyah nafs umum

6. Suluk (khilwah)

7. Yang lain-lain yang  termaktub dari warisan Gurunya.


(3) Mematuhi Prinsip Asas, Peraturan, Syarat, Adab

Mematuhi semua prinsip asas, peraturan, syarat dan adab Toriqat yang telah ditetapkan oleh Ulama Mu'tabar terdahulu seperti Imam Jilani, Imam Ghazali, Imam Junaid Baghdadi, Imam Rifai, Imam Sazili, Imam Haddad, Imam Ibn Arabiy, Imam Ahmad Kamashkhanawi, Imam Sayuthi, Imam Haithami dan lain-lain.  


(4) Matlamat mencari Redha Allah

Mempunyai matlamat yang jelas iaitu matlamat seluruh perjalanan ini adalah membawa manusia kepada Allah, mengenal Allah, ubudiyyah setulus hati, taqarrub untuk memperoleh redha dan kasih-Nya.

Ini yang terkandung di dalam cogankata murid pada Toriqah Ahli Sufi:

"Ilahi anta Maqsudi wa Ridhaka Matlubi"

(Ya Allah Engkaulah maksud ku dan Keredhaan Engkau yang aku tuntut) 

Sebelum Bai'at dengan Mursyid pastikan beliau menepati syarat-syarat sebagai Mursyid yang Siddiq (benar) dengan melihat syaratnya dan tanda-tanda yang terlihat padanya.


(5) Jauhi segala bentuk Ilmu kebatinan sesat

Jemaah Toriqat (Jemaah Ahli Ma'rifat) tiada kena mengena dengan ilmu silat, ilmu kebatinan sesat, ilmu hakikat palsu, ilmu silat batin, reiki, budisuci, kundalini, cakra dan yang lain-lain berlawanan dengan syari'at.


(6) Jauhi bersekutu dengan semua jinn syaitan

Jemaah Ahli Ma'rifat adalah Jemaah suci murni, jauh dari segala bentuk sekutu, menyeru jinn syaitan dalam apa jua amalan.


(7) Tidak mencari-cari Karomah Hissiyyah

Jemaah Ahli Ma'rifat jauhi sama sekali segala niat mencari _karomah hissiyah._ (karomah berupa perkara mencarik adat, menembusi hukum alam dan sebagainya) atau memperoleh kekuatan atau bercita-cita menjadi wali Allah dan niat lain yang menyimpang dari syari'at.



Bersambung siri 81 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 450 KEWAJIPAN AMAL SYARI'AT DAN TORIQAT RASULULLAH  بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ...