Thursday, February 12, 2026

SIRI 58


بِسْــــــــــــــــــمِ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah

Fasal 6: Fakta-Fakta Penting Toriqat (Tasawwuf)

sambungan....

 

 

Fakta 12:

Semua Imam-Imam Mazhab Fiqh amalkan Toriqat (Tasawwuf) berserta Syari'at (Fiqh)

 

Sebahagian orang Islam yang cetek pengetahuannya menyangka para Imam Mazhab yang empat tidak mengamalkan Toriqat (Tasawwuf) kerana pada anggapan mereka Ulama besar mazhab fiqh adalah Imam Fiqh sahaja yang tiada kaitan dengan Tasawwuf-Toriqat. 

Bahkan, lebih buruk lagi, ada pula berani menuduh Tasawwuf-Toriqat sebagai bid'ah sesat.  Ternyata mereka ini sesat dan menyesatkan.  Ini kerana kesemua Ulama Mazhab adalah pengamal Syari'at (fiqh) dan sekaligus Tasawwuf-Toriqat.

 

Menukil penjelasan _Al Qutb Tajul Arifin  Shaikh Yahya Al Kholidi Radhiallahu anhu menyebut di dalam Risalah Naqsyabandiah:

"Berdasarkan keterangan Ulama Ahlus Sunnah, Guru Mursyid kepada Imam Abu Hanifah (Mazhab Hanafi) dan Imam Malik (Mazhab Maliki) adalah Imam Ja’afar Siddiq (Imam Besar Ahlus Sunnah yang bergelar Imam At-Toriqah Wal Haqiqat).  Sementara Guru Mursyid kepada Imam Asy-Syafi’e (Mazhab Syafi'e) dan Imam Ahmad Ibn Hambal (Mazhab Hambali) adalah  Imam Ma’ruf Al Kirkhi."

[Risalah Ma’rifat, Allamah Al Qutb Tajul Arifin Shaikh Yahya Al-Kholidi]

 

Menukil kata-kata:

Imam Ghazali menyebut kisah Imam Syafi'e, Imam Ahmad Ibnu Hambal dan Imam Yahya bin Muin berkhidmat kepada Imam Ma'ruf Al Kirkhi  dan  Shaikh Syaiban untuk memperoleh Ilmu Tasawwuf.

 

Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

"Imam Shafie pernah duduk di hadapan Shaikh Syaiban (Ulama Sufi) si pengembala, seperti duduknya seorang anak kecil di maktab, seraya bertanya:

“ Bagaimana membuat itu dan ini?”

Maka dikatakan kepada Imam Shafie : “Seperti engkau bertanya kepada badui ini (Shaikh Syaiban Ahli Sufi)?”

Maka menjawab Imam Shafie:

“Sesungguhnya ini sesuai dengan apa yang kami lupakan.”

[Ihya Ulumuddin]

 

Bersambung siri 59 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

 

No comments:

Post a Comment

SIRI 60 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...