SIRI 49
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17, 18, 19:
sambungan...
Contoh 7: Cinta dunia
enggan bayar zakat
Ini penyakit orang berharta yang cintakan dunia. Mereka
tersangat cinta kepada harta kekayaan dunia sehingga tidak mempedulikan
kewajipan zakat sedangkan zakat hanyalah 2.5 % daripada harta yang
dimilikinya. Misalnya dia memiliki harta
bernilai RM 100,000, bayaran zakat hanya RM 2,500. Meskipun masih banyak lagi tersisa namun
mereka rasa berat untuk mengeluarkannya.
Rasulullah ﷺ
bersabda:
“Sesiapa yang di-Kurniakan oleh Allah harta dan tidak
mengeluarkan zakatnya, maka hartanya pada hari Qiamat dijadikan seekor ular
yang mempunyai dua taring, dan kepala yang tidak berbulu kerana terlalu banyak
bisanya. Ia akan membelit dan menggigitnya dengan kedua-dua rahangnya sambil
berkata: Akulah hartamu! Akulah simpananmu.”
[Imam Bukhari ]
Contoh 8 : Bakhil —
enggan belanja harta pada fi sabilillah
Setengah hartawan sanggup bermewah-mewah dan bermegah dengan
hartanya namun sangat bakhil untuk membelanjakan sebahagiannya kepada fi
sabilillah dan faqir miskin.
Firman Allah:
وَلاَ يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَآءَاتَاهُمُ اللهُ
مِن فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَّهُمْ بَلْ هُوَ شَرُّ لَّهُمْ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا
بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَللهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضَ وَاللهُ بِمَا
تَعْمَلُونَ خَبِيرُُ
“Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta
yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahawa kebakhilan
itu baik bagi mereka. Sebenarnya
kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka.
Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan di lehernya kelak pada
hari Qiamat. Dan kepunyaan Allah-lah
segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”
[Ali Imran (3) : Ayat 180].
Contoh 9 : Menipu, khianat untuk merebut tanah dan harta
Demi memenuhi dorongan nafsu cinta kepada dunia, ada
golongan manusia sanggup menipu daya dan khianat kepada ahli keluarga sendiri
atau teman kongsi perniagaan. Mereka
ingin membolot segala harta kekayaan untuk diri mereka sendiri, sedangkan semua
harta yang mereka ambil dengan paksaan atau penipuan walaupun sejengkal tanah,
maka dia akan menerima hukuman yang amat berat.
Rasulullah ﷺ
bersabda:
"Siapa yang pernah berbuat aniaya sejengkal saja (dalam
perkara tanah) maka nanti dia akan dibebani (dikalungkan pada lehernya) tanah
dari tujuh petala bumi.”
[Imam Bukhari ]
Contoh 10: Kecintaan kepada dunia membawa permusuhan dan
berbunuh-bunuhan
Hal ini bukan perkara baru tetapi sudah diketahui umum. Kecintaan manusia kepada dunia membawa kepada
fitnah memfitnah, adu domba, khianat, mungkir janji, permusuhan, peperangan dan
pembunuhan. Segolongan manusia
"elit" yang berkuasa dan kaya-raya saling bermusuhan untuk
merebut-rebut kekayaan dunia. Jika boleh
mereka ingin menguasai seluruh dunia dan menjadi Pemerintah dunia. Inilah ketamakan manusia paling buruk yang
timbul dari nafsu syaitan. Ketamakan
manusia tiada kesudahannya.
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Andai anak Adam diberi emas satu lembah, ia ingin mendapat
dua lembah. Tidak ada yang dapat membungkam mulutnya selain tanah, dan Allah
mengabulkan taubat hamba-Nya yang bertaubat”.
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
Contoh-contoh di atas memberikan gambaran pengaruh
"cinta dunia " kepada manusia sehingga penyakit ini bukan sahaja
memudaratkan diri tetapi juga menimbulkan bencana besar kepada seluruh
kemanusiaan.
Rasulullah ﷺ
bersabda:
"Cinta kepada dunia itu pangkal setiap kejahatan.“
[Imam Ahmad]
Oleh kerana ini menjadi kewajipan atas setiap Muslim amalkan
Toriqat (Tasawwuf) sehingga menjadi bersih dan jauh sifat-sifat mengejar dunia.
Bersambung siri 50 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH
JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment