Tuesday, February 10, 2026

SIRI 48


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

 

Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ

Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)

 

Dalil 17, 18, 19:

sambungan...

 

 

Contoh 5: Kisah Bal'am Ba'urah yang menjual Agamanya

 

Inilah kisah Bal'am Baurah, seorang alim (pandai di dalam ilmu syariat) dan abid (orang yang rajin ibadah) di kalangan Bani Israel yang maqbul doanya.  Namun dia salah gunakan ilmunya.  Bal'am Ba'urah bersekutu dengan Penguasa negerinya untuk menentang Nabi Musa Alaihis Salam.  Dia rela menggadaikan Agamanya demi dunia yang hina.  Maka Allah Ta'ala melaknat orang alim seperti ini dan menggelarnya dengan panggilan "anjing yang menjelir lidahnya".   

 

Firman Allah:

 

وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ

 

"Dan kalau Kami Kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-matian cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya; Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya; Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami.  Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.  Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri."

[Al-A'raf (7) : Ayat 176-177]

 

I'tibar : Orang alim, kiyai, ustaz, cerdik pandai Agama, khusunya Mufti, Qadhi, Hakim — yang menjual Agama demi dunia, pangkat kedudukan dan jawatan, membuat fatwa menurut kehendak nafsu pemerintah, adalah mereka itu manusia-manusia yang menerima La'nat Allah.  Wal Iyazubillah.

 

Contoh 6:  Kejar dunia tinggal solat


Tidak kurang orang Islam meninggalkan fardhu solat 5 waktu dengan alasan kerja, atau kerana alasan tugas, atau atas alasan menjaga keselamatan atau lain-lainnya sedangkan waktu untuk menunaikan Solat hanya 10 minit.  Setengah daripada golongan seperti ini menyangka "masa muda" adalah masa untuk mencari kekayaan sebanyak-banyaknya dan mereka akan tunaikan solat apabila sudah pencen atau apabila sudah masa lapang atau ketika usia sudah lanjut...  semua sangkaan-sangkaan ini hanyalah bisikan Syaitan yang memperdaya untuk menjahanamkan mereka sedang mereka tidak menyedarinya.

 

Firman Allah:

 

مَا سَلَڪَكُمۡ فِى سَقَرَ (٤٢) قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ

 

"Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Saqar  (neraka Saqar)?  Orang-orang yang bersalah itu menjawab: Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mendirikan solat"

[Al-Muddathir (74) : Ayat 42]

 

 

 Rasulullah     bersabda:

 

“Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat”

[Imam Bukhari dan Imam Muslim]

 

Bersambung siri 49 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

____________________________

 MAJLIS TAZKIRAH JILANI

   🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

SIRI 55 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ   Bab 2: Syari'...