SIRI 47
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Bab 2: Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ
Fasal 5: Dalil Toriqat (Tasawwuf)
Dalil 17, 18, 19:
sambungan...
Contoh 3 : Kisah Fir'aun
Kisah Fir'aun sudah masyhur serata dunia. Allah Ta'ala berikan dia kerajaan yang besar
dan kekayaan yang banyak, namun dia tidak bersyukur, sebaliknya mencabar Allah
Ta'ala. Fir'aun mengaku dirinya Tuhan
yang tinggi dan memerintah manusia agar menyembahnya. Kesudahannya dia dimatikan di dalam keadaan
hina di Laut Merah. Ketika air laut sudah sampai ke paras hidung, dia menjerit
meminta pertolongan, Waktu itu baru dia
insaf dan menjerit:
"aku beriman kepada Tuhan Musa"....!!!
Namun sudah terlambat kerana apabila nyawa sudah sampai
halqum, maka Taubat tidak diterima lagi.
Maka matilah Raja angkuh yang mengaku dirinya Tuhan itu di dalam penuh
kehinaan. Kerajaan yang besar dan megah,
menteri-menterinya yang ramai, hulubalangnya yang kuat tidak mampu memberi
manfaat sedikit pun kepada Fir'aun.
Firman Allah:
فَٱنتَقَمۡنَا مِنۡہُمۡ فَأَغۡرَقۡنَـٰهُمۡ فِى ٱلۡيَمِّ بِأَنَّہُمۡ
كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَڪَانُواْ عَنۡہَا غَـٰفِلِينَ
“Maka Kami pun membalas mereka, lalu Kami menenggelamkan
mereka (Fri'aun dan pengikutnya) di laut dengan sebab mereka mendustakan
ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya.”
[Al-A'raf (7) : Ayat 136]
Di dalam kisah-kisah ini tersimpan peringatan dan amaran
keras.... bukan sahaja kepada kaum Namrud dan Fir'aun tetapi kepada sekalian
Pemerintah, Raja, Sultan, Amir, Khalifah, Perdana Menteri, Menteri-menteri
besar atau siapa saja orang yang berkuasa memerintah ...yang datang sesudahnya,
agar jangan sesekali sombong dengan kuasa yang ada pada kamu, jangan besar diri
dengan segala Kurnia Allah Ta'ala yang ada pada kamu, Jangan jadi orang zalim
dan kufur kerana akibatnya sama seperti Namrud dan Penguasa lain yang telah
menerima kebinasaan...! Wal Iyazubillah.
I'tibar:
Sesungguhnya Dunia, harta kekayaan, pangkat, kedudukan dan Kuasa...
membutakan mata hati, menjadikan manusia lupa diri, menjadi sombong, bongkak, zalim, fasiq dan kafir. Wal Iyazubillah
Contoh 4 : Kisah pemerintah-pemerintah cinta dunia dan
lupakan Allah
Setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu,
pemerintah-pemerintah Islam sesudahnya tenggelam di dalam kelazatan dunia. Mereka habiskan masa dengan berfoya-foya
dengan minuman keras, muzik dan wanita. Mereka lalai dan leka dengan berbagai
kemewahan yang melimpah-limpah. Mereka lupa kepada Allah dan asyik dengan
dunia. Bahkan tidak kurang dari penguasa-penguasa ini menjadi fasiq, zalim dan
sesat. Mereka kekalkan kuasa dengan
bantuan Ulama-ulama as-su yang memberi fatwa sesat dan menyesatkan. Mereka tidak
menerima nasihat dan tunjuk ajar Ulama Pewaris Nabi yang haq.
Tentera Monggol menyerang Baghdad pada 656H, dan
hancurkannya dalam masa beberapa hari sahaja.
Khalifah dan hulubalangnya dibunuh. Kitab-kitab Ulama yang amat bernilai
dibakar dan dibuang ke Sungai Tigris sehingga airnya menjadi hitam dari dakwat
kitab. Sebuah kerajaan Agung yang
dimegah-megahkan musnah dalam sekelip mata akibat kelalaian dan tenggelam di
dalam keasyikan dunia.
I'tibar : Apabila orang-orang Islam asyik dengan
kelazatan dunia, berfoya-foya dengan berbagai kenikmatan dunia, sibuk
mengumpul-ngumpul kekayaan dunia, lupa kepada Allah, lupa Perintah Allah,
abaikan hukum-hakam Allah sehingga menjadi fasiq dan zalim, maka tiada lagi
kekuatan di dalam diri. Apabila cahaya
Iman telah padam atau malap, maka orang kafir melihat mereka bagaikan debu yang
dipijak-pijak. Wal Iyazubillah.
Bersambung siri 48 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
____________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment