Monday, August 04, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 737)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...


Sebagaimana kami sebut dahulu, Ilmu Ahlus Sunnah selamat di tangan sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq ﷺ kerana mereka di-Kurniakan oleh Allah rahsia yang disebutkan tadi. Maka Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq yang menjadi penyelamat Ahlus Sunnah. Mereka akan pimpin Ummat menurut Ahlus Sunnah benar sedangkan orang yang tidak menepati syarat-syarat tersebut akan terpesong kepada jalan-jalan kebatilan dan kesesatan. Wal Iyazubillah. Mereka akan terpesong kepada sistem dan doktrin pemikiran manusia — demokrasi, otokrasi, kapitalis, sosialis, sekular dan lain-lain sepertimana yang terjadi pada zaman ini.


Sebagai ulangan....kami memperingatkan semula berkenaan Pimpinan Warisan Rasulullah ﷺ, bermula dari Pimpinan Khulafa Ar-Rasyidin dan turun-temurun pimpinan Silsilah Rasulullah ﷺ


Generasi Pertama Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)

Sesungguhnya  Khulafa Ar-Rasyidin —  Sayyidina Abu Bakr, Sayyidina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali, Ridhwanullah Alayhi Ajma'in adalah Generasi Pertama Mursyid. 


Ungkapan "Ar-Rasyidin" adalah datang dari kata: rasyada yang bermaksud "yang menunjukki jalan lurus". Maka Mursyid adalah yang menunjukki jalan lurus sebagaimana yang dibawa oleh Rasulullah ﷺ


Generasi ke-2 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)

Generasi Kedua Mursyid yang siddiq (benar) adalah Ulama Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Khulafa Ar-Rasyidin yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.  


Generasi ke-3 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)

Generasi Ketiga Mursyid yang siddiq (benar) adalah Tabi'it-Tabi'in yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'in yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.  


Generasi ke-4 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)

Generasi Keempat  Mursyid yang siddiq (benar)  adalah Imam-Imam, Shaikh, Ulama,  kemudian  yang menerima Ijazah kebesaran Mursyid dari Tabi'it Tabi-in yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.  


Generasi ke-5 Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq (benar)

Generasi Kelima Mursyid yang siddiq dan seterusnya ke bawah dan ke bawah menerima  Ijazah kebesaran Mursyid dari Shaikh yang sebelumnya yang menerima  isyarat lantikan oleh Allah Ta'ala.


Beginilah berlakunya perlantikan Mursyid-Mursyid yang siddiq (benar) sepanjang zaman sehingga ke hari ini dan seterusnya hingga hari Qiamat tiada putus.  


Fahami haqiqat ini —  sebagaimana telah dijelaskan sebelum ini, perlantikan Mursyid semata-mata Anugerah Allah kepada hamba-hamba Pilihannya yang benar-benar telah mujahadah pada Jalan  Ma'rifat dengan bimbingan Mursyid yang Siddiq. Guru (yang juga Pewaris Nabi yang Siddiq) hanya menzahirkan Pilihan Allah)


Firman Allah


ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ


“Kemudian Kami jadikan Al-Kitab (Al-Quran) itu diwarisi oleh orang-orang yang Kami pilih dari kalangan hamba-hamba Kami; maka di antara mereka ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran) dan di antaranya ada yang bersikap sederhana dan di antaranya pula ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (dari Allah semata-mata)

[Faathir (35) : Ayat 32]


Bersambung siri 738 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

  SIRI 11 بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ     Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunna...