■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 738)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
“Orang-orang yang berilmu dan hikmah (Mursyid, Ahli Ma’rifat, Ahli Sufi) adalah hamba Allah yang sejati yang dipilih-Nya untuk menerima “Risalah-Risalah dari pengajaran-Nya”. Allah melimpahkan mereka ilmu dan hikmah dan dengan ilmu hikmah itulah mereka menjadi manusia yang lebih tinggi darjatnya dari manusia lain. Mereka berhubung dengan Nabi melalui perasaan yang halus dan dengan aqal yang bijaksana. (baca : Kehalusan Ma’rifat Ilahiyyah atau disebut juga kasyaf Ilahiyyah)
Allah memuji mereka yang memiliki ilmu Hikmah dengan Firman-Nya:
ثُمَّ أَوۡرَثۡنَا ٱلۡكِتَـٰبَ ٱلَّذِينَ ٱصۡطَفَيۡنَا مِنۡ عِبَادِنَاۖ فَمِنۡهُمۡ ظَالِمٌ۬ لِّنَفۡسِهِۦ وَمِنۡہُم مُّقۡتَصِدٌ۬ وَمِنۡہُمۡ سَابِقُۢ بِٱلۡخَيۡرَٲتِ بِإِذۡنِ ٱللَّهِۚ ذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَضۡلُ ٱلۡڪَبِيرُ
[Tamat Nukilan - Sirrul-Asrar Fi-ma-Yahtaju Iyahil-Abrar]
Ini adalah bukti terang bahawa sekalian Ulama Billah, Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq adalah pilihan Allah, dan bukan pilihan manusia.
Firman Allah:
قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللَّهِ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ
“Katakanlah: ‘Inilah jalanku, yang aku dan orang-orang yang mengikuti daku menyeru (manusia) kepada Allah dengan basirah (penyaksian yang jelas). Maha Suci Allah! Dan bukanlah aku dari golongan musyrikin”.
[Surah Yusuf : Ayat 108]
Tafsiran:
Al Imam Sulton Auliya, Ghawthul A'zham Shaikh Muhyidddin Abdul Qadir Jilani Radhiallahu 'Anh mentafsirkan ayat tersebut dengan kata beliau...
"Dalam ayat ini yang dimaksud dengan "orang yang mengikuti daku" adalah manusia sempurna, Guru Kerohanian yang sebenar (iaitu Mursyid Pewaris Nabi yang siddiq) yang akan datang selepas Nabi Muhamamd ﷺ, yang akan mewarisi ilmu batin baginda dan kebijaksanaan Baginda dan yang akan berada hampir dengan Allah.
Manusia yang demikian digambarkan sebagai ۥ وَلِيًّا مُّرۡشِدً۬ (Wali Mursyid - pelindung dan pembimbing sebenar — [Surah al-Kahfi (12) : Ayat 108] )
[Tamat nukilan Kitab Sirrul Asrar]
Imam Jilani memberikan kita beberapa maklumat penting kepada kita berhubung dengan tafsir yang sebenarnya mengikuti Nabi
(1) Mursyid yang siddiq adalah Pewaris Nabi pilihan Allah.
(2) Warisan Ilmu batin, iaitu Nur Muhammad dalam dada Mursyid.
(3) Mursyid dalam Pimpinan Allah dan Rasul-Nya.
Berbeza dengan Ulama dunia dan pemimpin agama awam, hanya mengutip sana sini dan jadikan pegangan. Setengah daripada mereka mengutip dari buku-buku Khawarij (Wahabiyah) atau buku-buku Syi'ah (rafidhi) atau golongan sesat lain. Setengah daripada mereka bangga kerana memiliki PhD, Doktor, ijazah, Master, lalu mengaku sudah mengikut Rasulullah ﷺ sedangkan pada hakikatnya mereka jauh dari Petunjuk Allah dan Rasul-Nya. Mereka berbangga-bangga dengan Sistem Demokrasi, Kapitalis, Sosialis. Wal Iyazubillah
Bersambung siri 739 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment