■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 739)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-33:
Ummat Islam akan menempuh Lima macam Pemerintahan — Tiga dalam Keredhaan Allah, dua dalam Kemurkaan Allah
Menurut Ahlus Sunnah, Ummat Islam menempuh 5 Fasa Pemerintahan:
Fasa Pertama : النُّبُوَّة
Period Pemerintahan Nubuwwah dan kasih sayang — Ini fasa Pemerintahan Rasulullah ﷺ sendiri.
Fasa Kedua : خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period _Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah_ iaitu Pemerintahan Khalifah- Khalifah yang bersifat Mursyid atau Rasyid — Sayyidina Abu Bakar, Sayydina Umar, Sayyidina Uthman, Sayyidina Ali dan Sayyidina Hasan Ridhwanullahi alaihim ajma'in.
Fasa Ketiga : مُلْكًا عَاضًا
Period Pemerintahan Mulkan Addhan, Kerajaan menggigit atau kerajaan Zalim. Iaitu mulai dari Kerajaan Umayyah sehingga runtuhnya Kerajaan Uthmaniyyah pada awal abad ke-20 Masihi.
Fasa Keempat : مُلْكًا جَبَّرِيًّا
Period Pemerintahan Mulkan Jabriyyan iaitu period pemerintahan Pembesar-pembesar (Menteri Besar, Pembesar, Orang kaya besar) yang memerintah sewenang-wenang tanpa panduan apa pun. Mereka menggunakan apa saja sistem ikut nafsu seperti sistem demokrasi, sistem sosialis, kapitalis dan lain-lain.
Period ini yang kita berada sekarang.
Fasa kelima : خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ
Period Khilafah 'ala minhajin-Nubuwwah semula iaitu Pemerintahan atas Manhaj Kenabian yang akan didirikan oleh Imam Mahdi Alaihis Salam.
Sekalian Ummat sedang menunggu penzahiran diri beliau, zamannya sudah sangat hampir.
Rasulullah ﷺ bersabda:
تَكُوْنُ النُّبُوَّةُ فِيْكُمْ مَا شَاءَ ا للهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ اَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ اَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا عَاضًا ، فَتَكُوْنُ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ مُلْكًا جَبَّرِيًّا ، فَتَكُوْنَ مَا شَاءَ اللهُ أَنْ تَكُوْنَ ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا ، ثُمَّ تَكُوْنُ خِلآفَةً عَلَى مِنْهَاجِ النُّبُوَّةِ ، ثُمَّ سَكَتَ
“Fasa Nubuwwah (Pemerintahan Kenabian) akan berlangsung pada kalian, atas Kehendak Allah (beberapa tahun). Kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia Kehendaki. Kemudian pemerintahan Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang mengikuti jejak Baginda), yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian Mulkan Addhan (Kekuasaan menggigit) yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian akan ada Mulkan Jabriyyan (Pemerintahan memaksa, diktator, Pembesar-pembesar yang keras kepala) yang ada atas Kehendak Allah. Kemudian Allah mengangkatnya atas Kehendak-Nya. Kemudian akan ada Khilafah 'ala Minhaj-An-Nubuwwah (Pemerintahan yang menempuh jejak Kenabian), kemudian Nabi diam.
[imam Ahmad]
Bersambung siri 740 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
_______________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment