■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 94)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.14 Dosa Besar ke -13: Kazib — dusta, bohong, menipu
sambungan....
Penjagaan / Rawatan:
Bagaimanakah cara jauhkan diri dari terjatuh kepada penyakit suka berdusta ini?
Apakah rawatan paling berkesan untuk bersihkan hati daripada terdorong untuk melakukan pendustaan?
Bagaimanakah pula cara merawat diri setelah lama terlibat dengan dosa² pendustaan, pembohongan dan tipu daya?
Ketika Risalah ini ditulis ( 21 Dhulhijjah 1442 H / 31 Julai 2021 M), Ummat Islam dikelilingi berbagai bentuk pendustaan yang tiada terhitung.
Demikian banyaknya "pendustaan" mengelilingi Ummat sehingga orang ramai menjadi keliru, terpedaya dan jatuh kepada kesesatan tanpa disedari. Wal Iyazubillah.
Sesungguhnya keadaan ini hampir serupa dengan zaman munculnya Dajjal yang membawa kepalsuan dan tipu daya. Ketika Dajjal menawarkan keamanan, harta kekayaan dan kemewahan... manusia berduyun² datang padanya. Mereka mengakui Dajjal sebagai pemimpin Agung mereka. Bahkan tidak kurang memujanya sebagai Tuhan. Wal Iyazubillah.
Hanya pada Allah kita mohon Pertolongan.
(1) Langkah pertama : Wajib Taubat sungguh2 dengan Taubat Nasuha menurut syarat2nya.
(2) Pulangkan sekalian harta manusia yang diperoleh dengan tipu daya.
(3)Sentiasa insaf bahawa satu ketika sekalian manusia akan dihadapkan kepada Allah dan setiap pendusta akan membawa beban berat yang tak dapat ditanggung.
(4) Banyakkan Istighfar, Solawat dan Zikrullah menggantikan ucapan yang tak perlu. Kata² atau ucapan yang harus sekalipun perlu dielakkan kerana pada ucapan yang "harus" terdapat banyak sekali syubhat yang menjurus kepada perkara haram. Ertinya banyakkan diam dan berkata2 apabila hanya benar² perlu sesuai dengan Kehendak Allah dan Rasul-Nya.
(5) Jika kamu seorang peniaga, juallah barang yang benar2 baik dan bersih. Hasil jual beli yang halal membawa keberkatan, meskipun sedikit. Sementara hasil yang diperoleh dari tipu daya, hilang segala keberkatannya, meskipun banyak keuntungannya.
(6) Dosa penipuan yang dilakukan oleh Pemimpin dan penolong² mereka amatlah berat. Namun masih belum terlambat jika mereka insaf dan bertaubat sungguh². Moga Allah Ta'ala Menerima taubat mereka. Tetapi mereka belum selamat selagi mereka belum pulangkan hak rakyat. Bagaimanakah mereka mampu pulangkan hak rakyat yang mereka tipu? Wallahu A'lam.
(7) Mereka yang gemar menulis atau cnp di dalam kumpulan2 WS, Tele, Fb dll .... hati2 dengan berbagai berita yang diterima. Sebelum kirimkan kepada orang lain atau kumpulan lain, pastikan kandungannya benar2 menepati Pendirian Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan BUKAN daripada fahaman Syi'ah (rafidhi), Wahhabiyyah (Khawarij), Sekular (liberal) atau lain2nya yang menentang Ahlus Sunnah. Jika tak pasti JANGAN sebarkan. Diamkan diri dulu.
Setiap berita palsu yang kalian kongsi akan menerima habuan dosa yang sama banyak dengan penulis asalnya tanpa mengurangi dosa orang yang mulakannya. Dan dosa tersebut berganda2 mengikut banyak mana orang kemudian yang kongsi pula berita palsu kepada pihak lain.
Pada hari ini setiap hari ribuan berita palsu dan ilmu yang bertentangan dengan pegangan Ahlus Sunnah dikirimkan melalui internet oleh mereka² yang ingin merosak Aqidah Ummat.
Moga mereka yang membaca peringatan ini memperoleh Hidayah bagi kekalkan diri di dalam kebenaran dan jauhi sama sekali daripada semua jenis pendustaan.
Bersambung siri 95 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
JAMAAH TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment