■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 93)
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
7.14 Dosa Besar ke-13: Kazib — dusta, bohong, menipu
sambungan....
Contoh2 dusta yang haram tetapi disangka harus:
Kita telah bicarakan hal2 yang haramkan berdusta dan yang diharuskan berdusta , serta syarat2 dan batas2nya dan contoh2nya bagi berbagai keadaan. Namun terdapat ramai orang Islam melakukan berbagai pendustaan dengan sangkaan ianya diperbolehkan sedangkan pada hakikatnya diharamkan. Mari lihat beberapa contoh lazim daripadanya.
(1) Berdusta kepada isteri untuk menafikan hak2nya.
Misalnya seorang isteri meminta wang perbelanjaan yang menjadi haknya sebagai isteri, maka berkata suaminya : " Saya tak ada duit, sedangkan dia ada duit" maka ini dusta yang diharamkan.
Berkata Imam Nawawi:
"Adapun berbohong dengan tujuan menahan (meninggalkan) apa yang menjadi kewajipan suami atau isteri, atau mengambil sesuatu yang bukan menjadi hak suami atau isteri, maka ini haram berdasarkan kesepakatan kaum Muslimin.”
[Syarah Sahih Muslim]
(2) Berpura² atau berolok² memiliki suatu benda sedangkan dia tidak memiiknya. Misalnya : Seseorang berpura2 makan makanan2 yang lazat sedangkan tidak demikian. Misal yang lain : Seseorang berpura² mempunyai kenderaan hebat, sedangkan ianya milik orang lain. Misal yang lain : Seseorang mengaku mempunyai rumah yang besar dan mewah sedangkan dia sekadar berbangga di hadapan orang lain.
Contoh² seperti ini dan lain² sepertinya adalah tergolong ke dalam dusta / pembohongan yang diharamkan. Sekali pandang kelihatan remeh, tetapi yang sebenarnya perbuatan dan perkataan olok2 seperti itu adalah dusta / bohong yang diharamkan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Orang yang berbangga dengan sesuatu yang tidak pernah dia dapatkan, bagaikan orang yang memakai dua pakaian kedustaan".
[Imam Bukhari, Imam Muslim]
(3) Berdusta dengan tujuan bergurau adalah haram. Ini kerana perbuatan ini tiada maksud perbaikan pada Agama dan tiada bermanfaat kepada manusia, bahkan sebaliknya menimbulkan kekeliruan dan bencana. Pada pandangan orang berkenaan dia sekadar bergurau tetapi dia tidak menyedari "pembohongan" dia boleh mengakibatkan berbagai sangkaan yang jahat atau merosak hati manusia.
Perbuatan2 seperti ini sangat banyak dilakukan oleh manusia pada zaman ini melalui internet. Misalnya mereka mengirimkan sesebuah gambar pergaduhan atau sesebuah kemalangan yang sebenarnya tidak berlaku. Atau mereka mengirimkan berita2 berkaitan politik yang sebenarnya tidak berlaku. Atau hal berkaitan dengan covid -19 yang banyak tersebar pada zaman ini. Mereka membuat berbagai video atau gambar atau data berlainan dari fakta sebenar dan menganggapnya sebagai gurauan. Pada sangkaan mereka perbuatan tersebut harus sedangkan ia termasuk dusta yang diharamkan.
Rasulullah ﷺ bersabda:
"Celakalah orang yang berbicara kemudian berdusta agar orang lain tertawa celakalah dia, celakalah dia."
[Imam Ahmad]
Bersambung siri 94 اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ
________________________
JAMAAH TAZKIRAH JILANI
No comments:
Post a Comment