■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 736)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Prinsip ke-32
Kunci Keselamatan Ahlus Sunnah : Bai'at, Talaqqi Musyafahah, Nur Rabbaniyyah, Nur Muhammad
Ilmu Ahlus Sunnah akan tetap terpelihara kesucian dan keasliannya sedangkan Ilmu sekalian Golongan sesat akan binasa menurut peredaran Zaman. Ahlus Sunnah akan tetap selamat dengan bimbingan, pimpinan dan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq sedangkan golongan penentang akan hanyut bersama Sistem pemimpin-pemimpin Jahiliyah moden.
Perhatikan dan fahami baik-baik:
Kunci keselamatan Ahlus Sunnah terletak pada tiga kaedah penerimaan Ilmu Ahlus Sunnah:
(1) Penerimaan Ilmu zahir syari'at dengan wasilah Bai'at (janji setia) dan Talaqqi Musyafahah (berhadapan dan menerima langsung dari lisan Gurunya — yang sambung-menyambung silsilah beliau sampai Rasulullah ﷺ )
(2) Limpahan Nur Muhammad oleh Allah ke dalam dada Mursyid Pewaris Rasulullah ﷺ
(3) Penerimaan ilmu langsung dari Allah — Limpahan Anugerah Nur Allah terus ke dalam dada Mursyid — dipanggil Ilham, firasat, ladunni, khitob, kasyaf.
Firman Allah:
وَعَلَّمۡنَـٰهُ مِن لَّدُنَّا عِلۡمً۬ا
"....dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami."
[Al-Kahfi (18 ) : Ayat 65]
Firman Allah:
فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬
“maka Kami (Allah) hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam laksana besi berani ”
[Qaf (50) : Ayat 22]
Rasulullah ﷺ bersabda:
“Apa-apa yang Allah tuangkan ke dalam dada ku, aku tuangkannya ke dada Abu Bakr”
[Imam Bukhari]
Ringkasnya, melalui kaedah-kaedah Rabbaniyyah ini Ilmu Ahlus Sunnah tetap terpelihara kesucian, kebenaran dan keasliannya di tangan Mursyid Pewaris Rasulullah ﷺ, yang memegang Amanah Allah. Ia tidak sesekali tercemar oleh mana-mana anasir Sesat daripada 72 golongan sesat. Dan juga tidak mampu dicemari oleh doktrin dan falsafah sesat moden — sistem demokrasi, otokrasi, sekular, kapitalis, sosialis atau apa saja pemikiran jahiliyah moden tidak akan mampu mengganggu-gugat Pegagan Ahlus Sunnah yang benar. Meskipun ramai orang Islam menganut fahaman dan doktrin moden dan perjuangkannya, Institusi Ahlus Sunnah tetap kukuh dengan pegangannya di tangan Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq.
Walaupun seluruh dunia dipenuhi Pemerintahan Sistem Jahiliyah moden, sekalian Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq tetap memegang Amanah Allah mempertahankan Warisan Nabi zahir dan batin, syari'at dan Toriqat Nabi ﷺ, iaitu mempertahankan Ahlus Sunnah Wal Jama'ah.
Inilah rahsia keselamatan Ahlus Sunnah yang tidak dimiliki oleh golongan-golongan lain. Mereka tidak mempunyai hubungan dengan Allah Ta'ala dan Rasulullah ﷺ. Maka para "Ulama" mereka mentafsirkan setiap suatu menurut selera nafsu mereka, atau menurut kemahuan Pemerintah dan penguasa politik.
Hal yang kami sebutkan tadi (para "Ulama" mereka mentafsirkan setiap suatu menurut selera nafsu mereka, atau menurut kemahuan Pemerintah dan penguasa politik) ini bukan andaian tetapi benar-benar terjadi setelah kewafatan Sayyidina Ali Radhiallahu anhu, Ulama sesudahnya memberi fatwa mengikut nafsu dan kemahuan pemerintah. Sekalian Ulama (Mursyid Pewaris Nabi yang Siddiq) tidak sesekali bersubahat kepada fatwa-fatwa sesat yang mengikut nafsu. Mereka menjauhkan diri dunia politik jahat dan keji.
Bersambung siri 737 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment