■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 735)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Dosa besar 70:
Mufaraqah dari Saf Ummat
sambungan...
Fatwa Ulama Ahlus-Sunnah
(1) Fatwa Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:
"Seseorang tidak dapat dikatakan Ahli Sufi (Ulama Pewaris Nabi yang Siddiq) sehingga dia sampai ke maqam di mana dia dianugerahi pandangan kepada Rasulullah ﷺ di dalam mimpinya dan diberi arahan dan tegahan. Jika keadaan ini terjadi maka hatinya akan dinaikkan ke maqam lebih tinggi serta disucikan batinnya. Beliau seterusnya akan memperoleh kehampiran dengan Allah Ta'ala sementara tangannya di dalam pimpinan tangan Rasulullah ﷺ
[Fath-Ar-Rabbaniy Wa Faidh Ar-Rahmaniy]
Kata beliau lagi :
"Dalam semua itu mereka mengikut teladan daripada pengikut-pengikut Rasulullah ﷺ yang terkenal sebagai Golongan Tasawwuf (Pewaris Nabi yang Siddiq) yang memakai pakaian bulu yang telah meninggalkan semua urusan keduniaan untuk berdiri di pintu Rasulullah ﷺ dan berada hampir dengan Baginda. Mereka menyampaikan khabar sebagaimana mereka menerimanya secara langsung daripada mulut Rasulullah ﷺ " .
[Sirrul Asrar Fi ma Yahtaju Ilaihil Abrar]
(2) Fatwa Imam Jalaluddin Sayuthi:
Nama penuh beliau adalah Abu al-Fadl 'Abd al-Rahman b. Abi Bakr b. Muhammad Jalal al-Din al-Khudayri al-Suyuti, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah, Shaikhul Hadith dan Awlia Allah yang diberikan oleh Allah berbagai Karamah. Semua ini diakui oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah sepanjang zaman!
Berkata Imam Sayuthi di dalam Kitab Fatawa beliau:
"Ramai yang mempersoalkan ehwal Ahli Ma'rifat melihat Nabi ﷺ di dalam keadaan jaga (sedar). Di zaman kami ada segolongan mereka yang tidak mempunyai pegangan Agama yang kukuh, dengan penuh emosi menafikannya dan sangat hairan dengan kebenaran ini. Mereka mendakwa ianya mustahil.
Apa yang benar adalah: Bahawa sesiapa yang benar-benar beriman dengan Nabi (Mukmin) tetapi tidak dapat melihat Baginda kerana mereka tidak hadir (di zaman Nabi), Hadith ini memberikan khabar gembira bahawa mereka akan dapat melihat Baginda sebelum mereka mati." Ada sebahgian orang tidak mempercayainya dan berkata : "Bagaimanakah mungkin orang hidup melihat orang mati"?
Untuk dakwaan ini, Imam Saytuhi menjawab:
"Orang-orang yang berkata demikian jatuh kepada dua bahaya: Pertama kerana tidak mempercayai kebenaran Hadith Nabi yang sahih dan yang kedua kerana mengingkari Kekuasaan Tuhan Yang Maha Perkasa."
[Al Hawi lil Fatawi]
(3) Fatwa Imam Ibnu Hajar Al-Haithami Radhiallahu anhu:
Imam Ibn Hajar Al-Haythami adalah Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah, Mufti Agung, Auliya Allah. Fatwa beliau yang termasyhur di dalam Mazhab Syafie'.
Beliau (Ibn Hajar Al-Haytamy) ditanya: "Adakah mungkin bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar (jaga) ?"
Imam Ibnu Hajar menjawab:
"Ya? Benar. Melihat dan bertemu Nabi ﷺ di dalam keadaan sedar adalah mungkin (harus) hukumnya."
"Telah dikhabarkan kepada kami bahawa ianya adalah Karamah para Auliya Allah oleh Al-Ghazali, Al-Barizi, Al-Taj Al-Subki, dan Al-Yafi`i, dari kalangan Asy-Syafiiyah dan al-Qurtubi and Ibn Abi Jamra dari kalangan Malikiyah."
Imam Ibnu Hajar menegaskan :
"Sesiapa yang menafikannya, adalah dia tersesat. Mereka yang menafikannya adalah mereka menafikan kebenaran Nabi ﷺ dan menafikan Kekuasaan Tuhan serta menafikan juga Karamah Auliya Allah yang telah dibuktikan oleh Sunnah yang sahih ."
[Fatwa Hadithiyyah, Ibnu Hajar Al-Haytahmi]
Bersambung siri 736 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
______________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment