Tuesday, August 26, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 768)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Rumusan 70 Dosa Besar dalam hati, yang tersembunyi dan yang mengikutnya


Rumusan 4: Lima bentuk dosa hati

Lima bentuk dosa hati — semuanya dosa berat.  Namun kebanyakan orang Islam tidak ambil peduli, atau mereka sendiri tidak menyedari wujud dosa-dosa besar ini atau mereka menyangka ianya dosa kecil yang boleh diabaikan.  Wal Iyazubillah


 (1) Syirik khafi (syirik yang tersembunyi di dalam hati — (takabbur, ujub, riya', sum'ah, tawakkal pada makhluq).

(2) Mazmumah (sifat-sifat keji di dalam hati).

(3) Ghaflah (kelalaian hati).

(4) Dosa besar dan dosa kecil lain yang berterusan.

(5) Wujud diri insan (tubuh kasar yang membalut ruhnya).


Rumusan 5: Dosa kecil menjadi Dosa besar

Umumnya dosa terbahagi dua: Dosa Besar dan Dosa kecil. Namun ada beberapa sebab dosa kecil berubah menjadi dosa besar.


Berkata Imam Ghazali Radhiallahu anhu:

Enam sebab dosa kecil boleh berubah menjadi dosa besar:

(1) Seseorang melakukan dosa kecil terus-menerus (tanpa taubat).

(2) Meremehkan dosa yang dilakukannya. 

(3) Merasa gembira dan bangga melakukan dosa.

(4) Tidak menghargai dosanya yang ditutup oleh Allah.

(5) Berbuat dosa terang-terangan di hadapan orang lain.

(6) Dosa diperbuat oleh Ulama atau pemimpin yang dijadikan tauladan.



Rumusan 6: Dua golongan pencari kebenaran

Orang Islam terbahagi dua di dalam menempuh perjalanan kepada Allah, menyucikan diri daripada dosa-dosa hati

Pertama : Orang awam.

Kedua : Salikin 


Perjalanan orang awam adalah perjalanan seorang Muslim kepada Allah dengan sendirinya tanpa pimpinan, tanpa panduan, tanpa cara tertentu.  Perjalanan ini selalu menghadapi kegagalan (tidak mampu sucikan hati) disebabkan halangan dan rintangan daripada 4 macam Afat:

  • Manusia
  • Dunia
  • Nafsu 
  • Syaitan


Perjalanan Salikin adalah jalan selamat kerana dia mempunyai pimpinan Mursyid yang Siddiq (benar) sebagai pemimpinnya dan silibusnya berpandukan Manhaj Rasulullah ﷺ yang diwarisi oleh sekalian Mursyid bersilsilah sambung-menyambung tanpa putus.  Inilah jalan ma'rifat (Jalan amalkan kedua-dua bahagian Agama —Syari'at dan Toriqat Rasulullah ﷺ sepenuhnya) yang ditempuh oleh sekalian Ulama Ahlus Sunnah turun-temurun daripada Junjungan Rasulullah ﷺ.  Namun pada zaman ini kebanyakan orang Islam enggan mengikutinya.  Sebahagian menentangnya, sebahagian mengolok-oloknya. Wal Iyazubillah


Bersambung siri 769 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________________

    MAJLIS TAZKIRAH JILANI

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...