■■■■■■■■■■■■■■■■■
PENYAKIT HATI
BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI
(Siri 767)
■■■■■■■■■■■■■■■■■
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Rumusan 70 Dosa Besar dalam hati, yang tersembunyi dan yang mengikutnya
Telah selesai perbincangan, huraian berserta Dalil-Dalilnya dari Kitabullah, Hadith Rasululah ﷺ dan fatwa Ulama Ahlus Sunnah. Fatwa diambil Masyaikh ternama — Mujaddid Agung Ahlus Sunnah yang mutakhir, Auliya Allah, Mufti Agung Mazhab Syafi'e, Imam Ibn Hajar Al-Haythami Radhiallahu anhu yang kami nukil dari Kitab beliau Az-Zawajir. Dan kami tambah lagi fatwa Imam Ghazali Radhiallahu anhu. Moga bermanfaat bagi pencari-pencari kebenaran, pencari jalan lurus, Jalan Ahlus Sunnah yang benar.
Iaitu 70 dosa-dosa besar dalam hati, yang kebanyakannya tersembunyi, yang kadangkala terlihat jua di dalam tutur kata, perbuatan dan amal ibadah harian. Ada lagi 70 dosa besar yang bersifat zahir (yang terlihat) yang tidak dimuatkan di dalam kitab ini. Ia memerlukan huraian lain yang terperinci berdasarkan Hukum Fiqh.
Rumusan 1:
Rasulullah ﷺ sentiasa mohon Perlindungan Allah dan rasa takut akan Kemurkaan Allah.
Rasulullah ﷺ bersabda:
اَللَّهُمَّ اقْسِمْ لَنَا مِنْ خَشْيَتِكَ مَاتَحُوْلُ بَيْنَنَا وَبَيْنَ مَعْصِيَتِكَ وَمِنْ طَاعَتِكَ مَا تُبَلِّغُنَابِهِ جَنَّتَكَ وَمِنَ الْيَقِيْنِ مَاتُهَوِّنُ بِهِ عَلَيْنَا مَصَائِبَ الدُّنْيَا
“Ya Allah, Anugerahkan kepada kami rasa takut kepada-Mu yang membatasi antara kami dengan perbuatan ma'siat kepada-Mu dan berikanlah (taufiq kepada kami, agar dapat melaksanakan) ketaatan kepada-Mu, yang dapat menghantarkan kami ke Syurga-Mu dan Anugerahkanlah keyakinan (akan balasan-Mu) sehingga akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.”
[Imam Tirmizi]
Rumusan 2:
Orang Mukmin melihat setiap dosa bagaikan gunung yang akan menimpanya sedangkan orang fasiq melihat dosa seperti "lalat yang hinggap di atas hidungnya"
Rasulullah ﷺ bersabda:
عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ وَإِنَّ الْفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ فَقَالَ بِهِ هَكَذَا (رواه البخاري)
Dari Abdullah bin Mas’ud _Radhiallahu anhu_ berkata, bahawa Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya seorang Mu'min (ketika) ia melihat dosa-dosanya, adalah seperti dia duduk di lereng sebuah gunung, dan dia sangat khuatir gunung itu akan menimpanya. Sedangkan seorang fajir (gemar buat ma'siat dan kekejian), ketika dia melihat dosa-dosanya adalah seperti dia melihat seekor lalat yang hinggap di batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang (memandang remeh akan dosa).”
[Imam Bukhari]
Rumusan 3:
Pada keseluruhannya kedua-dua bentuk dosa; dosa zahir maupun dosa batin, kedua-duanya merbahaya kepada Keimanan seseorang. Namun dipandang suatu sudut yang halus, Dosa batin (hati) lebih besar bahayanya disebabkan sifatnya yang tersembunyi dalam hati, kebanyakannya tidak disedari oleh pelakunya.
Berkata Imam Al-Haythami Radhiallahu anhu:
"Dosa besar yang bersifat batin (hati) lebih berbahaya dan dosa kemaksiatannya lebih hina dan sangat rendah. Juga kerana sebahagian besar dosa itu mudah terjadi dan cepat merebak. Terutama apabila seseorang berasa bebas dari sebahagian dosa-dosa tersebut kerana meremehkan kehadirannya"
[Al-Zawaajir]
Bersambung siri 768 اِ نْ شَآ ءَ اللّه
__________________________________
MAJLIS TAZKIRAH JILANI
🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳
No comments:
Post a Comment