Saturday, July 26, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 723)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-26:

Dilarang keras mengutuk Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ dan Sahabat


Ahlus Sunnah sepakat melarang keras mencela, mengutuk, menghina Ahlul Bayyit dan Sahabat Rasulullah ﷺ sebaliknya wajib muliakan mereka kerana mereka adalah insan-insan Pilihan Allah yang amat istimewa mengatasi manusia lain.


Ahlul Bayyit Nabi

Ahlul Bayyit adalah ahli keluarga Rasulullah ﷺ

Termasuk di dalam istilah Ahlul Bayyit Rasulullah ﷺ  menurut Ahli Sunnah wal Jamaah adalah:

1. Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, Fatimah Az-Zahra, Sayyidina Hasan, Sayyidina Husain Ridhwanullahi alaihi ajmain.

2. Isteri-isteri Rasulullah

3. Bani Hashim dan Bani Muttalib serta kaum kerabat mereka.


Sahabat Rasulullah ﷺ

Sahabat Rasulullah ﷺ, secara khusus adalah mereka yang mempunyai sifat-sifat berikut:

1. Bertemu Rasulullah ﷺ.

2. Bai'at dengan Baginda.

3. Berjuang bersama Baginda.

4. Wafat di dalam keadaan Mukmin.


Sahabat Rasulullah ﷺ secara umum adalah semua Ahli Silsilah Rasulullah ﷺ, iaitu hamba-hamba Allah yang Mukmin yang bersambung silsilah keruhanian mereka kepada Rasulullah ﷺ, mendapat Limpahan Nur Rabbaniyyah serta Nur Muhammad di dalam dada mereka dan mereka wafat di dalam keadaan Mukmin.


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Sesungguhnya Allah melarang masuk syurga terhadap orang yang menganiaya ahlul Bayyit-ku, atau orang yang memerangi mereka, atau orang yang membantu orang yang memerangi mereka, atau orang yang memaki-maki mereka.” 

[Imam Ahmad]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Kita wajib bersangka baik dengan isteri-isteri Rasulullah ﷺ yang merupakan ibu seluruh kaum muslimin.  Aisyah adalah wanita terbaik di antara semua wanita di dunia.  Demikian juga Fatimah binti Muhammad ﷺ, dia adalah wanita tauladan bagi seluruh Muslimah.  Kita wajib mencintainya sebagaimana mencintai ayahnya, Nabi Muhammad ﷺ. 

[Al-Ghunyah]


Rasulullah ﷺ  bersabda:

“Barang siapa mencela Sahabat-sahabatku nescaya akan mendapat laknat dari Allah , malaikat dan manusia seluruhnya”. 

[Imam Ibn Adi. Imam Al-Khatib]


Berkata Al-Imam Sulton Auliya Shaikh Abdul Qodir Jilani Radhiallahu anhu:

"Ahlus Sunnah sepakat mewajibkan kaum muslimin untuk tidak terjebak di dalam perselisihan yang terjadi di antara mereka.  Juga wajib menahan diri dari mencela mereka, tetapi justru wajib memperlihatkan keutamaan dan kebaikan mereka.  Setelah serahkan semua permasalahan kepada Allah, khususnya pertentangan antara 'Ali bin Abi Talib, Thalhah, Zubair, Aisyah dan Muawiyyah.  Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَآءُو مِنۢ بَعۡدِهِمۡ يَقُولُونَ رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٲنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَـٰنِ وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ۬ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman.  Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan Rahmat-Mu.

[Al-Hasyr (59) : Ayat 10]


Bersambung siri 724 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

       🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...