Monday, July 21, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 711)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Poin 9: Melihat alam jinn syaitan bukan suatu keistimewaan

Orang awam yang dapat melihat jinn syaitan bukan suatu keistimewaan, bukan kemuliaan dan bukan kasyaf seperti sangkaan kebanyakan orang.  Sebaliknya yang demikian itu hanyalah dampingan Jinn syaitan kepada orang tertentu yang terpedaya. Beberapa golongan yang terpedaya dengan dampingan jinn syaitan ini. 


Pertama:

Orang yang sering khayal berkenaan dunia keruhanian,  lalu terkena ilusi syaitan, jinn atau Iblis akibat khayalan yang melampau.


Kedua:

Orang yang mewarisi jinn keturunan yang dipanggil saka dan bersungguh-sungguh menyambung tradisi tersebut.


Ketiga:

Tukang sihir, ahli nujum, bomoh, dukun, pawang, ahli silat dan lain-lain sepertinya yang sekutu dengan jinn syaitan untuk mendapat berbagai pertolongan dan kelebihan dunia yang hina. 


Poin 10: Kasyaf batil adalah ilusi Jinn Syaitan

Kasyaf batil adalah "Ilusi atau gambaran palsu" yang diterbitkan oleh Iblis, syaitan dan jinn ke dalam minda manusia.  Misalnya Iblis boleh masukkan ilusi cahaya-cahaya atau ilusi alam ghaib yang hebat-hebat lalu memperdayakan mereka kepada kesesatan tanpa disedarinya.  Atau Iblis sendiri menyamar menjadi "Tuhan" atau menjadi "Wali Allah" lalu pamerkan diri di hadapannya.


Poin 11:Kasyaf yang sebenar adalah terbuka mata-hati memandang Ketuhanan

Kasyaf yang sebenar yang di-Kehendaki pada Agama adalah "terbuka mata-hati" menyaksikan Af'al, Asma', Sifat dan Zat Allah Yang Maha Agung, iaitu Tauhid yang hakiki, Tauhid yang sebenar yang terpancar dari hati yang telah disucikan.  Hal ini hanya terjadi kepada Salikin yang mujahadah pada Jalan Allah dengan pimpinan Guru Pewaris Nabi yang benar-benar Arif. Peringkat Kasyaf tertinggi adalah ketika seseorang Salikin sampai ke Maqam Tauhid Zat yang tahqiq.  Dan inilah setinggi-tinggi Ilmu, iaitu Ilmu Mukasyafah.


Kasyaf berupa pandangan kepada dunia Ghaib, alam Barzakh dan sekalian alam yang tersembunyi hanya terjadi kepada hamba-hamba Allah yang telah sampai kepada Maqam Tauhid Zat yang sudah teguh pendiriannya.  Hal ini merupakan kemuliaan Allah Ta'ala kepada mereka.  Ia dikatakan Kemuliaan Kurnia Allah kepada mereka kerana mereka tidak terpesona dengannya sebaliknya tetap Agungkan Allah Ta'ala.  Mereka tetap tunaikan Amanah Allah dan tidak akan sewenang-wenang membuka rahsia Ketuhanan kepada orang awam.


Orang awam yang tidak memahami haqiqat kasyaf dan Ilham kepada Ahli Ma'rifat, memadai sekadar mengakui kebenarannya. Jangan sesekali menjadi penentang.


Bersambung siri 712 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...