Monday, July 21, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 710)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Poin 6: Kasyaf Suri adalah Terbuka Alam Ghaib

Kasyaf Suri, atau Kasyaf Hissiyah adalah terbuka mata-hati Ahli Ma'rifat yang sudah tetap, kepada melihat segala dunia Ghaib dan dunia keruhanian keseluruhannya menurut Kehendak Allah.   Kurnia Allah ini adalah semata-mata kepada hamba-hamba-Nya yang telah tetap Maqam Tauhidnya dan telah istiqamah pada Syari'at dan adab-adab Ma'rifat.  Mereka adalah Kekasih-Kekasih Allah yang tidak terpegun dengan segala Kasyaf Hissiyah ini, jauh sekali bermegah-megah dengannya.  Mereka serah diri kepada Allah dan tetap menjaga Amanah Allah dan takut dengan Kemurkaan-Nya.  Beberapa contoh yang terjadi kepada para Sahabat Ridhwanullah Alayhi ajma'in.


■ Sayyidina Abu Bakar kasyaf dan khabarkan akan kelahiran anak beliau.


■ Sayyidina Umar melihat tentera Islam di Syam yang dipimpin oleh Sahabat bernama Sariah menghadapi bahaya lalu beliau menjerit "Sariah... Gunung" sedang beliau sedang berkhutbah di Medinah.


■ Sayyidina Uthman melihat tanda-tanda zina pada mata sahabat.


■  Sayyidina Ali kasyaf melihat putera beliau Sayyidina Husain terkorban di Karbala.



Poin 7: Kasyaf Suri bukan kemegahan

Salikin (murid pada Jalan Ma'rifat yang masih di dalam perjalanan) yang memperoleh Kasyaf Suri (hissiyyah) bukanlah suatu kemuliaan atau Anugerah Allah kepadanya, melainkan ia adalah sebagai dugaan kepada mereka.  Allah Ta'ala menguji mereka dengan berbagai Pembukaan, untuk mengetahui Salikin yang benar-benar mencari Allah. Jika mereka sentiasa waspada dan serahkan semuanya kepada Allah dan menafikan kelebihan apa pun pada dirinya, maka dia akan selamat. Sebaliknya jika mereka asyik dengan pandangan ghaib tersebut lalu bermegah-megah dengannya (walaupun sekadar di dalam hatinya), maka yang demikian itu adalah istidraj dan kebinasaan.  Wal Iyazubillah


Poin 8: Kasyaf tidak berlaku kepada orang awam sekalipun dia bergelar Ulama fiqh

Kasyaf yang Ma'nawi maupun Kasyaf Hissi (yang kedua-duanya dari Allah Ta'ala)  tidak sama sekali di-Jadikan oleh Allah ke atas orang awam, sekalipun orang itu cerdik pandai Agama bergelar Ulama (fiqh) atau profesor sekali pun. Ini kerana mereka belum masuk ke Hadrat Ketuhanan yang melayakkan mereka mencapai kemuliaan tersebut.   Hati mereka terhijab dengan berbagai kesyirikan, penyakit hati dan kekejian  (takabbur, riya', ujub, sum'ah dan lainnya), maka tak mungkin mereka memperoleh pembukaan daripada Allah Ta'ala.  Jika terdapat orang awam mendakwa bahawa dia sudah kasyaf, maka ini adalah dakwaan dusta.  Dia menipu diri sendiri dan menipu orang lain.


Bersambung siri 711 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

______________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

■■■■■■■■■■■■■■■■■ PENYAKIT HATI BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI (Siri 769) ■■■■■■■■■■■■■■■■■ بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم اَلسَّ...