Monday, July 21, 2025

■■■■■■■■■■■■■■■■■

PENYAKIT HATI

BAHAYA YANG TIDAK DISEDARI

(Siri 712)

■■■■■■■■■■■■■■■■■


بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲ الرَّحْمَنِ الرحيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ



Dosa besar 70:

Mufaraqah dari Saf Ummat

sambungan...



Prinsip ke-20:

Sunnat Menyambut Maulidur-Rasul ﷺ


Ulama Ahlus Sunnah sepakat bahawa Menyambut Hari Kelahiran Junjungan Besar Rasulullah ﷺ adalah Sunnat,  diberi ganjaran besar bagi sesiapa Mengagungkan Baginda dengan mengadakan berbagai Solawat atas Baginda, membacakan Kisah Perjuangan Baginda, serta meriahkan Majlis tersebut dengan hidangan jamuan kepada para hadirin. 


Sejak kurun ke-3 Hijriyyah sampai ke saat ini, sekalian Ulama Ahlus Sunnah yang Arif, Auliya Allah memuji amalan Sambutan Maulidur-Rasul bahkan mereka sendiri turut serta di dalam Majlis-Majlis menyambut Kemuliaan dan Kebesaran yang Allah Ta'ala Kurniakan kepada Baginda:


(1) Istighfar memohon keampunan Allah.


(2) Berzikir memuji Allah:

Berkumpul, berjemaah memuji Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya atas Kemurahan-Nya mendatangkan seorang Rasul yang menerangi setiap pelusok langit dan bumi. 


(3) Bacaan Solawat atas Nabi ramai-ramai secara berjemaah:

Menurut Fatwa Ulama Ahlus Sunnah, siapa yang paling banyak solawatnya maka dia bersama Rasulullah ﷺ di Akhirat dan di dunia lagi dia akan di-Kurniakan Ma'rifat (Tauhid) yang tinggi mengatasi manusia lain (apabila dia menepati syarat-syarat Ma'rifat).


(4)  Membaca qasidah atau Barzanji:

Membaca bait-Bait Sya'ir yang mengandungi puji-pujian kepada Junjungan Rasulullah ﷺ,  pujian kepada Ahlul Bayyit Baginda serta sekalian isteri-isteri Baginda yang suci.  Dalil bagi hal ini juga teramat banyak.  Dalil paling umum adalah sambutan penduduk Madinah ketika Baginda Hijrah ke Madinah Al-Munawwarah.   Penduduk Madinah berdiri berbaris dan menyanyikan syair yang sangat indah memuji Rasulullah ﷺ.


“Telah datang kepada kami bulan purnama (Nabi Muhammad) 

Lahir di antara dua lembah 

Wajib bagi kita bersyukur dan bahagia Utusan Allah di tengah kita.  Wahai Rasul yang diutus Pembawa amanat suci   

Engkau datang membawa kemuliaan ke kota ini

Selamat datang sebaik-baik utusan”.


(5) Membaca sejarah perjuangan Rasulullah ﷺ:

Amalan membaca dan mengenang kembali sejarah Perjuangan Rasulullah ﷺ dan mengambil i'tibar serta kekuatan ruh perjuangan Baginda adalah amalan yang sangat dituntut.


(6) Menjamu makanan atau sedekah makanan dan dimakan secara berjemaah:

Dalil yang menganjurkan “memberi makan” kepada manusia berulang- ulang di dalam Kalam Allah dan Sunnah Rasul-Nya. 


(7) Doa kebaikan dan keselamatan untuk seluruh Ummat:

Memohon kepada Allah Ta'ala agar seluruh orang beriman di-Kurniakan kemenangan dan kesejahteraan.


Fatwa Imam As-Suyuthi Radhiallahu anhu, Mujaddid Kurun ke-9 Hijriyyah:

Sambutan Maulid Nabi ﷺ itu adalah berkumpulnya manusia, membaca apa yang dirasakan mudah pada al-Qur’an, Riwayat hadith-hadith berkenaan permulaan kelahiran Nabi ﷺ   serta hal-hal yang terjadi dalam kelahiran Baginda, kemudian mereka menjamu makanan dengan beberapa hidangan. Selanjutnya mereka pulang setelah menikmatinya tanpa ada tambahan-tambahan lain, hal tersebut termasuk bid’ah Hasanah (bid’ah yang terpuji) yang diberi pahala bagi orang yang merayakannya kerana ia bertujuan untuk mengagungkan kedudukan Nabi ﷺ serta menampakkan rasa gembira atas kelahiran yang mulia Nabi Muhammad ﷺ.

[Al-Haawi-Lil- Fatawi]


Fatwa Imam Al-Haytami Radhiallahu anhu.  Mujaddid Kurun ke-12 Hijriyyah:

“Kesimpulannya bahawa mengadakan Sambutan Maulidur-Rasul adalah bid’ah hasanah, sepakat Ummat akan anjurannya, dan amalan Maulid serta berkumpulnya manusia untuknya demikiannya juga dinilai bid’ah hasanah (perkara baru yang terpuji)."

[Fatawa Al-Hadithiyyah]


Bersambung siri 713 اِ نْ شَآ ءَ اللّه

__________________________

     MAJLIS TAZKIRAH JILANI     

           🌳🍁🕌🕌🕌🍁🌳

No comments:

Post a Comment

  SIRI 4 Bab 1: Haqiqat Ahlus Sunnah Wal Jama'ah   Fasal 1: Definisi Ahlus Sunnah Wal Jama'ah   Menurut bahasa: Kalimat Ahlus Sunnah...